Impak moderasi pengalaman mengajar terhadap pengaruh PTPK dalam pembentukan amalan kreativiti pengajaran Sirah dan Tamadun Islam

Kajian ini menentukan kesan moderasi pengalaman mengajar terhadap pengaruh pengetahuan teknologi pedagogi kandungan (PTPK) dalam pembentukan amalan kreativiti pengajaran Sirah dan Tamadun Islam pada era Revolusi Industri 4.0. Melalui pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan keratan rentas,...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Jahidih Saili, Muhamad Suhaimi Taat, Nurul Hamimi Awang Japilan
Format: Article
Language:en
Published: Journal of Islamic Educational Research 2024
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43802/1/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43802/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini menentukan kesan moderasi pengalaman mengajar terhadap pengaruh pengetahuan teknologi pedagogi kandungan (PTPK) dalam pembentukan amalan kreativiti pengajaran Sirah dan Tamadun Islam pada era Revolusi Industri 4.0. Melalui pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan keratan rentas, seramai 300 orang guru Pendidikan Islam di sekolah menengah harian Sabah telah terlibat dalam kajian ini. Data telah dikumpul melalui soal selidik PTPK dan amalan kreativiti pengajaran, seterusnya dianalisis dengan pemodelan persamaan berstruktur melalui SEM-AMOS versi 26.0. Dapatan kajian menunjukkan PTPK memberi pengaruh positif dan signifikan terhadap amalan kreativiti pengajaran (β = 0.386, p < 0.001), namun pengalaman mengajar tidak menampilkan kesan moderasi yang signifikan terhadap hubungan tersebut (Δχ² = 7.67, p = 0.906). Dapatan ini mendapati bahawa keberkesanan PTPK bersifat universal merentas semua peringkat pengalaman, sekali gus menyumbang kepada pengembangan teori PTPK dalam konteks pendidikan Islam serta memberi implikasi penting terhadap pembangunan profesional guru dan transformasi pedagogi pengajaran Sirah dan Tamadun Islam ke arah yang lebih progresif dan inovatif dalam era digital.