RePlasPro sebagai model pedagogi inovatif: menghubungkan pembelajaran maklum STEM dengan penghasilan produk kitar semula

Kajian ini meneroka keberkesanan RePlasPro, sebuah model pedagogi berasaskan pembelajaran projek (PBP), dalam mengintegrasikan elemen Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan penghasilan produk kitar semula oleh murid sekolah rendah. Pendekatan ini menekankan aplikasi pengetahuan s...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Zolkaflee, Zuraidawati, Dhayalan, Kaushalya, Samsuddin, Ismail, Tan, Keh Chin, Mat Yusoff, Hasmawi
Format: Conference or Workshop Item
Language:en
Published: 2025
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/126027/1/126027.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/126027/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini meneroka keberkesanan RePlasPro, sebuah model pedagogi berasaskan pembelajaran projek (PBP), dalam mengintegrasikan elemen Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan penghasilan produk kitar semula oleh murid sekolah rendah. Pendekatan ini menekankan aplikasi pengetahuan secara kontekstual, pemikiran kreatif, dan penyelesaian masalah dunia sebenar dalam isu pengurusan sisa plastik. Seramai 60 orang murid Tahun 6 dari Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Klang, terlibat dalam kajian kuasi-eksperimental ini. Data dikumpul melalui instrumen soal selidik, pemerhatian dan portfolio tugasan, serta dianalisis menggunakan pendekatan deskriptif dan inferensi (uji-t berpasangan). Dapatan menunjukkan peningkatan signifikan dalam penguasaan kemahiran STEM, kemahiran insaniah seperti kerjasama dan kepimpinan, serta pembentukan sikap lestari terhadap alam sekitar. Selain memperkukuh pedagogi STEM yang bermakna dan relevan, kajian ini turut menyumbang kepada pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) terpilih iaitu SDG4, SDG 9, SDG 11, SDG 12, SDG 13 dan SDG 17. Kajian ini mencadangkan bahawa RePlasPro berpotensi untuk diperluas sebagai kerangka pendidikan lestari dalam konteks sekolah rendah, selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dan SUSED 2025.