Analisis pembolehubah terpilih pendidikan tahfiz akademik merentas Kurikulum Standard Sekolah Menengah

Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan interaksi yang melibatkan sekumpulan pelajar dan guru. Instrumen bagi pelajar digunakan untuk mengumpul data kuantitatif, manakala item skala Likert dikelompokkan mengikut sembilan konstruk atau pemboleh ubah yang dikenal pasti. Sebanyak lima objektif kajian te...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd. Sahandri Gani Hamzah, Idris Jusoh, Wan Zakri Wan Qamaruddin, Abdul Halim Sulong, Sakinah Salleh, Norazilawati Abdullah
Format: Article
Language:en
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/26727/1/1-12%20-.pdf
http://journalarticle.ukm.my/26727/
http://ejournal.ukm.my/jpend
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan interaksi yang melibatkan sekumpulan pelajar dan guru. Instrumen bagi pelajar digunakan untuk mengumpul data kuantitatif, manakala item skala Likert dikelompokkan mengikut sembilan konstruk atau pemboleh ubah yang dikenal pasti. Sebanyak lima objektif kajian telah ditentukan. Proses analisis data menggunakan statistik regresi berganda dengan kaedah stepwise. Kebolehpercayaan item berada dalam julat 0.755 hingga 0.786 berdasarkan nilai Cronbach’s alpha jika item disingkirkan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penguasaan “Hafazan” atau kemahiran menghafaz berada pada tahap baik dengan skor min = 4.10 (SP = 0.81). Aspek terjemahan bahasa Arab dan tulisan bahasa Arab masing-masing berada pada tahap sederhana iaitu skor min = 3.23 (SP = 0.96) dan skor min = 3.23 (SP = 0.89). Sementara itu, aspek komunikasi dalam bahasa Arab menunjukkan keupayaan yang lemah Dimana skoe min = 2.65 (SP = 1.0). Hasil kajian juga menunjukkan bahawa bahasa Arab merupakan penyumbang tertinggi terhadap penguasaan “Hafazan” dengan sumbangan sebanyak 15.10 peratus, manakala kualiti peribadi pelajar menyumbang sebanyak 6.90 peratus. Bagi pemboleh ubah Kecekapan Akademik, atribut kualiti peribadi muncul sebagai penyumbang tertinggi dengan 8.70 peratus, berbanding pemboleh ubah pemangkin yang menyumbang sebanyak 4.20 peratus.Secara perbandingan, pemboleh ubah kualiti peribadi memainkan peranan dominan dalam menyumbang kepada kedua-dua penguasaan Hafazan dan pencapaian akademik. Apabila pemboleh ubah regresi dijalankan ke atas tujuh pemboleh ubah bebas, empat daripadanya iaitu kokurikulum (14.80%), keberkatan (8.30%), kurikulum (6.30%), dan bahasa Arab (3.70%) didapati menyumbang secara signifikan. Oleh itu, Kualiti Peribadi pelajar merupakan peramal utama kejayaan dalam penguasaan Hafazan dan Pencapaian Akademik. Faktor atau pemboleh ubah yang signifikan menyumbang kepada Kualiti Peribadi ialah Kokurikulum, Keberkatan, Kurikulum, dan Bahasa Arab, dengan julat sumbangan antara 3.70 hingga 14.80 peratus. Justeru, faktor Kualiti Peribadi pelajar perlu dipupuk dan dibangunkan secara psikologi oleh semua guru dalam proses pengajaran Akademik Tahfiz di semua sekolah.