Pulangan dan beta sekuriti lulus syariah di Bursa Malaysia: Satu bukti keratan rentas menggunakan CAPM bersyarat
Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji hubungan bersyarat antara pulangan dan beta sektor sekuriti lulus Syariah dengan menggunakan analisis regresi keratan rentas.Regresi pulangan dan beta tanpa membezakan antara pulangan lebihan pasaran positif dan negatif menghasilkan hubungan tidak bersyarat ‘...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Monograph |
Language: | English English |
Published: |
Universiti Utara Malaysia
2006
|
Subjects: | |
Online Access: | http://repo.uum.edu.my/7850/1/sAR.pdf http://repo.uum.edu.my/7850/3/1.Mohd%20Saharudin%20Shakrani.pdf http://repo.uum.edu.my/7850/ http://lintas.uum.edu.my:8080/elmu/index.jsp?module=webopac-l&action=fullDisplayRetriever.jsp&szMaterialNo=0000243653 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji hubungan bersyarat antara pulangan dan beta sektor sekuriti lulus Syariah dengan menggunakan analisis regresi keratan rentas.Regresi pulangan dan beta tanpa membezakan antara pulangan lebihan pasaran positif dan negatif menghasilkan hubungan tidak bersyarat ‘flat’ antara pulangan dan beta bagi semua sampel kajian.Kajian ini juga bertujuan untuk menguji adakah beta memainkan peranan penting dalam menerangkan perbezaan keratan rentas pulangan sektor sekuriti lulus Syariah. Selain itu, kajian ini membuat perbandingan antara hubungan tidak bersyarat dan hubungan bersyarat antara beta dan pulangan sektor sekuriti lulus Syariah berdasarkan pendekatan Hodoshima (2000) iaitu statistik ringkas seperti R2 terlaras dan sisihan piawai persamaan dan Fletcher (1997) iaitu menggunakan magnitud nilai sebenar anggaran kecerunan.Dengan menggunakan CAPM bersyarat dan analisis regresi keratan rentas, bukti dalam kajian ini cenderung menyokong hubungan positif yang signifikan ketika minggu pasaran naik dan hubungan negatif yang signifikan ketika pasaran jatuh bagi semua sampel kajian.Kajian ini mencadangkan bahawa beta merupakan alat yang berguna dalam menerangkan perbezaan keratan rentas dalam pulangan sektor sekuriti lulus Syariah dan menyokong kesinambungan penggunaan beta sebagai pengukur risiko.Berdasarkan kepada R2 terlaras, sisihan piawai persamaan dan magnitud nilai sebenar anggaran kecerunan, hubungan bersyarat antara pulangan dan beta didapati lebih kuat ketika pasaran jatuh berbanding ketika pasaran naik dan didapati hubungan ini lebih sesuai diukur dengan pendekatan Fletcher (1997) berbanding Hodoshima (2000) dengan menggunakan kaedah CAMP Bersyarat oleh Pettengil (1995). |
---|