HIV/AIDS dan isu stigma

Buku ini memberikan gambaran dan pendedahan sebenar kepada pembaca tentang senario berkaitan virus dan penyakit HIV/AIDS masa kini.Kadar jangkitan berdasarkan umur,bangsa, pekerjaan dan sebagainya disertakan bagi menunjukkan semua pihak perlu memberikan perhatian dan kerjasama bagi mencegah penyakit...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Md. Zain, Rajwani
Format: Monograph
Published: UUM Press 2012
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/6996/
http://www.uumpress.com.my
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Buku ini memberikan gambaran dan pendedahan sebenar kepada pembaca tentang senario berkaitan virus dan penyakit HIV/AIDS masa kini.Kadar jangkitan berdasarkan umur,bangsa, pekerjaan dan sebagainya disertakan bagi menunjukkan semua pihak perlu memberikan perhatian dan kerjasama bagi mencegah penyakit ini daripada terus meningkat.Gambaran dan penjelasan sebenar diperlukan oleh orang ramai disebabkan rasa takut kepada penyakit tersebut serta bagi mengatasi daripada persepsi negatif terus diberikan kepada pesakit dan penyakit HIV/AIDS.Walaupun penyakit ini sering dikaitkan dengan aktiviti sosial yang berisiko tetapi sebagai anggota masyarakat kita tidak boleh terus menghukum mereka yang terlibat atau yang telah dijangkiti penyakit ini.Tindakan memulau, mengasingkan atau mendiskriminasikan mereka akan menyebabkan penyakit ini sukar untuk dicegah. Pembaca juga didedahkan dengan fenomena (masalah) stigma yang dilalui oleh mereka yang menghidap HIV/AIDS.Salah satu keistimewaan buku ini adalah perbincangan dan pendedahan terhadap beberapa isu yang dialami berdasarkan konteks tempatan.Turut dikongsikan adalah maklumat dan penemuan hasil kajian termasuk bentuk stigma, punca stigma, pendedahan status kesihatan, serta persepsi penghidap HIV/AIDS terhadap penyakit tersebut. Isu-isu tersebut perlu difahami dengan jelas kerana negara ini masih kekurangan bahan bacaan yang membekalkan maklumat berkaitan dengan isu sosial dan HIV/AIDS.Isu berkaitan stigma turut dibincangkan berdasarkan teori yang dipelopori oleh Goffman.Kajian yang telah dilakukan dapat memberikan impak dan aplikasi terhadap praktis kerja sosial iaitu berkaitan cabaran yang akan didepani oleh pekerja sosial yang mengendalikan kes atau isu berkaitan HIV/AIDS.