Pengurusan laporan penyelidikan : Pusat Gedung Data Hidraulik Kebangsaan Malaysia

Bidang penyelidikan air dan persekitaran di Malaysia telah menghasilkan pelbagai jenis maklumat melalui penerbitan buku, laporan, jurnal dan majalah. Maklumat-maklumat yang diperoleh melalui bidang penyelidikan ini adalah pelbagai dan ia merupakan aset kepada para penyelidik dalam menjalankan akti...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdullah, Mohammad Fikry, Mokhtar, Sahibi
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/574/1/MOHAMAD_FIKRI.pdf
http://repo.uum.edu.my/574/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Bidang penyelidikan air dan persekitaran di Malaysia telah menghasilkan pelbagai jenis maklumat melalui penerbitan buku, laporan, jurnal dan majalah. Maklumat-maklumat yang diperoleh melalui bidang penyelidikan ini adalah pelbagai dan ia merupakan aset kepada para penyelidik dalam menjalankan aktiviti penyelidikan sama ada sebelum, semasa dan selepas penyelidikan dilakukan. Maklumat-maklumat yang diperoleh melalui aktiviti penyelidikan juga digunakan oleh pelbagai pihak untuk pelbagai tujuan. Menyedari kepentingan perkongsian dan penggunaan maklumat daripada laporan penyelidikan, pengurusan maklumat penyelidikan tersebut secara berhemah dan sistematik adalah penting, NAHRIM telah mengambil inisiatif membangunkan sebuah aplikasi yang bertindak sebagai platform yang menyimpan semua maklumat laporan penyelidikan yang telah dihasilkan di Malaysia. Fokus pembangunan platform ini adalah untuk membolehkan maklumat-maklumat tersebut diakses, diguna dan dimanipulasi untuk kepelbagaian penggunaan. Platform ini membolehkan maklumat daripada pelbagai penyelidikan berkaitan air dan persekitaran dari pelbagai sumber dikumpul dan dikategorikan mengikut subject matters bagi memudahkan proses pencarian maklumat yang lebih efisen serta pembinaan maklumat yang lebih komprehensif. Pembangunan platform ini bermanfaat kepada banyak pihak dalam usaha mendapatkan maklumat penyelidikan air dan persekitaran di Malaysia dengan merujuk kepada platform yang disediakan. Selain itu, melalui pembangunan platform ini, maklumat-maklumat penyelidikan telah diperkaya dan diperkasakan dengan menggunakan semula maklumat-maklumat penyelidikan yang sedia ada disimpan di dalam platform ini.