Berhadapan isu kematian: Pengalaman dalam kalangan ahli keluarga orang yang hidup dengan AIDS (OHDA)

Kematian sering dikaitkan dengan perasaan sedih dan kehilangan dalam kalangan ahli keluarga si mati. Namun bagi kes kematian yang berpunca daripada HIV/AIDS terdapat pelbagai reaksi dalam kalangan ahli keluarga apabila berhadapan dengan isu tersebut. Kajian yang dilakukan ini bertujuan menerokai pen...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Md. Zain, Rajwani, Baba, Ismail, Azman, Azlinda
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2009
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/5334/1/Rajw.pdf
http://repo.uum.edu.my/5334/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kematian sering dikaitkan dengan perasaan sedih dan kehilangan dalam kalangan ahli keluarga si mati. Namun bagi kes kematian yang berpunca daripada HIV/AIDS terdapat pelbagai reaksi dalam kalangan ahli keluarga apabila berhadapan dengan isu tersebut. Kajian yang dilakukan ini bertujuan menerokai pengalaman (perasaan) yang dilalui oleh ahli keluarga yang menjaga dan tinggal bersama OHDA sehingga kematianya, serta proses yang dilalui sebelum menerima kematian OHDA. Kajian yang dilakukan di negeri Kedah ini melibatkan sepuluh orang responden sebagai subjek kajian. Pengumpulan data menggunakan kaedah temubual seterusnya dianalisis melalui kaedah kualitatif. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan dalam kalangan isteri atau ibu OHDA dari aspek perasaan ketika menghadapi kematian OHDA dan setelah kematian, malah kesedihan bukan merupakan reaksi utama apabila berhadapan dengan kematian tersebut terutama bagi isteri OHDA. Daya tindak yang dilakukan oleh ibu atau isteri OHDA juga berbeza. Hasil dari kajian ini juga mengemukakan cadangan terutama berkaitan peranan pekerja sosial dalam usaha membantu dan memberikan sokongan kepada mereka yang hidup dengan AIDS serta ahli keluarga.