Prospek keusahawanan dalaman (Intrapreneurship) di kalangan pensyarah Universiti Utara Malaysia

Kertas kerja ini bertujuan untuk melihat prospek keusahawanan dalaman di kalangan pensyarah Universiti Utara Malaysia.Kajian dibuat melalui soal selidik yang dihantar kepada 556 orang pensyarah UUM.Data telah dianalisis menggunakan kaedah analisis taburan kekerapan, ujian T dan ANOVA. Dapatan kajia...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Saidin, Siti Zabedah, Kamso, Siti Maimon, Abdul Jabbar, Hijattulah, Yusof, Ab. Aziz
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2000
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/5229/1/Si.pdf
http://repo.uum.edu.my/5229/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas kerja ini bertujuan untuk melihat prospek keusahawanan dalaman di kalangan pensyarah Universiti Utara Malaysia.Kajian dibuat melalui soal selidik yang dihantar kepada 556 orang pensyarah UUM.Data telah dianalisis menggunakan kaedah analisis taburan kekerapan, ujian T dan ANOVA. Dapatan kajian menunjukkan bahawa UUM mempunyai potensi yang baik dalam mewujudkan usahawan dalaman di kalangan pensyarah berasaskan kepada minat yang ditunjukkan dan peluang yang diberi. Tiga (3) manfaat utama penubuhan usahawan dalam adalah penggunaan kepakaran, universiti perintis dan pengutamaan kreativiti. Selain itu, kajian mendapati pencetus utama keusahawanan dalaman ini adalah permintaan terhadap khidmat dan universiti dalam bidang pengurusan. Bagi menjamin kejayaan usahawan dalaman, faktor yang diutamakan adalah komitmen pihak terlibat, khidmat nasihat dan rundingan dan pulangan yang baik. Manakala faktor yang akan menggagalkan usahawan dalaman adalah strategi pasaran lemah, kos operasi tinggi dan rekabentuk barang kurang menarik. Oleh yang demikian, UUM perlu memainkan peranan yang sewajarya dalam mewujudkan usahawan dalaman seperti mengadakan skim usahawan dalaman, kemudahan inovasi dan mengesan kepemimpinan/ketokohan usahawan. Namun demikian, UUM juga perlu berwaspada terhadap kekangan-kekangan yang bakal dihadapi dalam mewujudkan usahawan dalaman. Antara kekangan utama adalah kekurangan modal, agihan masa bekerja dan berniaga dan tiada galakan dan organisasi.Ujian perbezaan yang dijalankan ke atas keenam-enam faktor manfaat, pencetus, kejayaan, kegagalan, peranan dan kekangan tidak menunjukkan sebarang perbezaan respons yang ketara.Secara keseluruhannya, kajian mendapati terdapat minat di kalangan pensyarah UUM untuk menjadi usahawan dalaman (intrapreneur) dan mereka yakin serta bersetuju dengan penubuhan usahawan dalaman di UUM.