Faktor yang mempengaruhi penglibatan penjaga di sekolah dan kesannya ke atas pencapaian akademik anak cacat penglihatan
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi penglibatan penjaga di sekolah dan kaitannya dengan pencapaian akademik anak cacat penglihatan. Faktor latar belakang penjaga adalah seperti umur, pendapatan dan bilangan tahun pendidikan, persepsi penjaga terhadap anak cacat penglih...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Sekolah Pembangunan Sosial
2002
|
Subjects: | |
Online Access: | http://repo.uum.edu.my/396/1/Azmi_Shaari.pdf http://repo.uum.edu.my/396/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi penglibatan penjaga di sekolah dan kaitannya dengan pencapaian akademik anak cacat penglihatan. Faktor latar belakang penjaga adalah seperti umur, pendapatan dan bilangan tahun pendidikan, persepsi penjaga terhadap anak cacat penglihatan, persepsi penjaga terhadap sekolah serta corak polisi pentadbiran sekolah dikaji untuk melihat kaitannya dengan penglibatan penjaga di sekolah dan pencapaian akademik anak. Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tungku Abdul Malik, Alor Merah, Alor Seiar, Kedah. Seramai 32 pasangan penjaga anak cacat penglihatan yang berumur 13-19 tahun terlibat sebagai sampel kajian. Maklumat telah dikumpulkan secara temu bual menggunakan borang soal selidik. Analisis Pekali Kolerasi Pearson telah digunakan untuk menguji hipoiesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perkaitan yang signlfikan antara faktor latar belakang penjaga dan persepsi penjaga terhadap pihak sekolah dengan penglibatan penjaga di sekolah. Kajian mendapati hanya persepsi penjaga terhadap anak kurang upaya mempunyai perkaitan yang signifikan dengan penglibatan penjaga di sekolah. Hasil kajian ini merumuskan bahawa persepsi penjaga terhadap anak kurang upaya merupakan faktor penting yang mempengaruhi penglibatan penjaga di sekolah. |
---|