Membongkar Enigma Projek Perumahan Terbengkalai di Malaysia: Perspektif Undang-Undang Tanah Islam
Prinsip Undang-undang Tanah Islam menekankan keadilan dalam semua aspek kehidupan manusia dan mengiktiraf tanah sebagai amanah Allah untuk kepentingan awam. Prinsip-prinsip ini berlandaskan alQuran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW dalam mengawal pentadbiran dan dasar tanah, termasuk pembangunan tanah un...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2024
|
Subjects: | |
Online Access: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/32046/1/SOLASVII2024_96_111.pdf https://repo.uum.edu.my/id/eprint/32046/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Prinsip Undang-undang Tanah Islam menekankan keadilan dalam semua aspek kehidupan manusia dan mengiktiraf tanah sebagai amanah Allah untuk kepentingan awam. Prinsip-prinsip ini berlandaskan alQuran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW dalam mengawal pentadbiran dan dasar tanah, termasuk pembangunan tanah untuk pemajuan perumahan. Prinsip-prinsip ini mencerminkan keadilan Islam. Walau bagaimanapun, projek perumahan terbengkalai di Malaysia sehingga kini masih kekal merupakan isu besar yang masih belum sepenuhnya ditangani secara berkesan dalam industri perumahan negara. Perundangan semasa yang mengawal industri perumahan di Malaysia telah terbukti gagal melindungi hak dan kepentingan pembeli dalam projek perumahan terbengkalai. Justeru, kertas akademik ini ditulis
bertujuan untuk menunjukkan bagaimana prinsip Undang-undang Tanah Islam dapat mengurangkan kesan negatif projek perumahan terbengkalai dan menjaga hak dan kepentingan semua pihak yang terlibat dalam pemajuan perumahan khususnya para pembeli. Metodologi kajian yang digunakan dalam kertas kerja ini adalah berdasarkan metodologi doktrin Undang-undang Islam yang disokong dengan metodologi penyelidikan sosial. Penemuan penulisan ini menunjukkan bahawa prinsip Undang-undang Tanah Islam dapat mencegah kejadian projek perumahan terbengkalai dan kesan negatifnya. Kertas akademik ini memperkenalkan perspektif baharu dan penyelesaian yang berpotensi untuk menyelesaikan masalah yang telah lama wujud ini di Malaysia dan berhasrat untuk memberi sumbangan penting kepada kesusasteraan undang-undang, pihak pembuat dan penggubal dasar serta rakyat awam dalam menangani isu projek perumahan terbengkalai di Malaysia. |
---|