Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Talian: Analisis Kesilapan Sebutan Bacaan Pelajar Antarabangsa Melalui Aplikasi Flipgrid (S/O: 14779)

Kajian ini meninjau kebolehterimaan pelajar antarabangsa dan keberkesanan PdP kemahiran membaca secara dalam talian, khususnya aplikasi Flipgrid dalam kursus Bahasa Melayu sebagai Bahasa asing di Universiti Utara Malaysia (UUM). Di samping itu, kajian ini juga mengenal pasti jenis kesilapan sebutan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdullah, Juwati, Ahmad Shukeri, Nasrol Hadi, Ya 'acob, Che Hasniah, Jalil, Hayati
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31742/1/14779%20proceeding.pdf
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31742/
http://irep.iium.edu.my/91981/1/Prosiding%20RENTAS%202021%20%28BIL.2%29%20DR%20SUDIRMAN.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini meninjau kebolehterimaan pelajar antarabangsa dan keberkesanan PdP kemahiran membaca secara dalam talian, khususnya aplikasi Flipgrid dalam kursus Bahasa Melayu sebagai Bahasa asing di Universiti Utara Malaysia (UUM). Di samping itu, kajian ini juga mengenal pasti jenis kesilapan sebutan dalam bacaan teks bahasa Melayu oleh pelajar-pelajar ini berdasarkan negara. Bagi mendapatkan data, kaedah tinjauan melalui soal selidik dan analisis kandungan (video) dijalankan. Data kuantitatif diambil daripada soal selidik yang diedarkan kepada 121 orang responden melalui Google Form dan dianalisis bagi melihat peratusan kebolehterimaan pelajar serta keberkesanan PdP kemahiran membaca dalam talian. Sementara itu, data kualitatif pula diambil daripada analisis video bacaan teks melalui aplikasi Flipgrid 20 orang pelajar antarabangsa yang mendapat markah terendah dalam setiap kumpulan. Dapatan soal selidik mendapati bahawa sebanyak 81 peratus pelajar bersetuju bahawa pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian adalah berkesan. Selain itu, 95.9 peratus pelajar bersetuju bahawa pengajaran dan pembelajaran bacaan dalam talian melalui aplikasi Flipgrid boleh diterima dan berkesan. Seterusnya, hasil analisis kesilapan sebutan dalam bacaan pelajar antarabangsa berdasarkan negara mendapati pelajar dari negara China, Yaman, dan Somalia paling kerap melakukan kesilapan sebutan pada awal, diikuti kesilapan pada tengah dan akhir perkataan. Selain itu, tiga jenis kesilapan lain yang dapat dikenal pasti namun tidak ketara, iaitu kesilapan sebutan bunyi diftong, bunyi gabungan konsonan dan kesilapan-kesilapan lain. Dapatan kajian ini diharap dapat membantu guru bahasa Melayu sebagai bahasa asing untuk mengenal pasti kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar dari pelbagai negara bagi merangka kaedah dan cara pengajaran dan pembelajaran dalam talian yang bersesuaian