Pembentukan Model Sikap Pelajar Asnaf Universiti Utara Malaysia (Uum) Dalam Bidang Keusahawanan (S/O 14721)
Pendidikan dalam bidang keusahawanan adalah amat penting dan harus diberikan tumpuan bagi mengurangkan kadar kemiskinan dalam negara kita terutamanya dikalangan golongan asnaf. Ban yak di kalangan keluarga asnaf telah menghantar anak mereka belajar sehingga ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan te...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Monograph |
Language: | English |
Published: |
UUM
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31581/1/14721.pdf https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31581/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pendidikan dalam bidang keusahawanan adalah amat penting dan harus diberikan tumpuan bagi mengurangkan kadar kemiskinan dalam negara kita terutamanya dikalangan golongan asnaf. Ban yak di kalangan keluarga asnaf telah menghantar anak mereka belajar sehingga ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan telah diberi pendidikan dalam bidang keusahawanan. Begitu juga inisiatif yang dilakukan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) dimana selain dari pengkhususan di peringkat pengurusan, UUM juga memberi penekanan pada ilmu keusahawanan. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi sikap pelajar asnaf di UUM terhadap bidang keusahawanan melalui kajian soal selidik dalam talian. Kajian ini melibatkan sebanyak 369 pelajar yang dikategorikan sebagai asnaf di UUM. Kajian ini menggunakan Pemodelan Persamaan Struktur bagi membentuk model keusahawanan di kalangan pelajar asnaf UUM. Hasil dapatan menunjukkan sikap peribadi, sikap kawalan tingkah laku dan persekitaran keusahawanan mempengaruhi niat keusahawanan pelajar. Oleh sebab itu bagi meningkatkan tahap niat seseorang pelajar terhadap bidang keusahawanan, tiga faktor ini perlu dititiberatkan bagi menimbulkan lebih motivasi terhadap pelajar tersebut. Kajian ini juga mendapati faktor jantina dan tahap pendidikan pelajar mempengaruhi niat keusahawanan pelajar asnaf UUM. Pelajar lelaki lebih cenderung untuk melibatkan diri dalam keusahawanan berbanding pelajar perempuan. Manakala terdapat perbezaan yang bererti di antara pelajar lulusan SPM dengan pelajar lulusan STPM dan juga pelajar lulusan Diploma, tetapi tiada perbezaan yang bererti di antara pelajar lulusan STPM dengan pelajar lulusan Diploma. Analisis kajian juga mendapati niat keusahawanan memberi perbezaan yang bererti sekiranya pelajar asnaf ini mempunyai pengalaman berniaga, mempunyai perniagaan sendiri dan bercita-cita untuk menjadi usahawan selepas tamat pengajian. Manakala faktor keluarga atau keluarga terdekat tidak memberi kesan kepada niat keusahawanan pelajar asnaftersebut |
---|