Implikasi Pendidikan Dalam Talian, Hubungan Kekeluargaan dan Teknologi Digital Terhadap Kesejahteraan Mental dan Sosial Pelajar Asnaf di Universiti Utara Malaysia
Kajian ini memberi fokus kepada isu berkaitan dengan kesejahteraan mental dan sosial pelajar asnaf di Universiti Utara Malaysia (UUM). Beberapa indikasi kepada isu ini seperti bebanan kewangan, kemudahan pengajian yang tidak mencukup, peningkatan kos sara hidup dan dinamika interaksi sosial remaja s...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Monograph |
Language: | English |
Published: |
Universiti Utara Malaysia
2024
|
Subjects: | |
Online Access: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31490/1/IMPLIKASI2024_01-163.pdf https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31490/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini memberi fokus kepada isu berkaitan dengan kesejahteraan mental dan sosial pelajar asnaf di Universiti Utara Malaysia (UUM). Beberapa indikasi kepada isu ini seperti bebanan kewangan, kemudahan pengajian yang tidak mencukup, peningkatan kos sara hidup dan dinamika interaksi sosial remaja seakan memberi gambaran kepada kualiti atau tahap kesejahteraan mental dan sosial mereka. Maka tidak hairanlah apabila statistik menunjukkan sejumlah 3220 sesi kaunseling berkaitan isu seperti kesihatan mental, pendidikan telah dikendalikan pada 2022 oleh Pusat Pembangunan Kerjaya dan Kebolehpasaran Graduan (PPKKG) UUM. Pada masa yang sama, penyelidik mendapati kurangnya kajian emperikal yang melaporkan tentang tahap kesejahteraan mental dan sosial mereka khususnya di UUM. Justeru itu, kajian ini telah dijalankan untuk mencapai empat objektif iaitu (i) meneroka dan meneliti masalah kesejahteraan mental dan sosial dalam kalangan kalangan pelajar asnaf di UUM; (ii) mengenal pasti pengaruh pendidikan dalam talian, hubungan kekeluargaan dan
teknologi digital terhadap kesejahteraan mental dan sosial dalam kalangan pelajar asnaf di UUM; (iii) mengenal pasti perbezaan masalah kesejahteraan mental dan sosial dalam kalangan pelajar asnaf di UUM (perbandingan demografi pelajar seperti jantina, umur, semester, status ibu bapa, bilangan adik beradik, dan bilangan ahli keluarga yang bersekolah); dan (iv) mengenalpasti cadangan/langkah-langkah bagi mengatasi masalah kesejahteraan mental dan sosial dalam kalangan pelajar asnaf di UUM. Kajian secara kualitatif dan kuantitatif telah dilakukan yang melibatkan sejumlah 30 pelajar dan 120 pelajar bagi kedua-dua kaedah ini. Bagi dapatan kualitatif, hasil kajian yang dilakukan secara temubual bersemuka bersama 30 pelajar asnaf, kajian ini mendapati bahawa terdapat hampir 25 peratus pelajar tidak berpuashati dengan kualiti kesejahteraan mental dan sosial mereka. Beberapa aspek seperti isu pengasingan diri daripada keluarga dan rakan-rakan, keperluan hidup tidak dapat dipenuhi, dan masalah ketidakstabilan hubungan adik beradik (antara ahli keluarga dan ibubapa) di rumah boleh dikaitkan dengan peratusan tersebut. Bagi dapatan kuantitatif, analisis deskriptif mendapati bahawa pelajar-pelajar asnaf mempunyai tahap kesejahteraan mental yang baik (skor antara 23-65). Manakala bagi tahap kesejahteraan sosial, 4.2% pelajar mempunyai tahap yang rendah, diikuti dengan 68.3% mempunyai tahap yang sederhana, dan 27.5% pelajar berada pada tahap yang tinggi. Sementara itu, analisis PLS-SEM mendapati bahawa semua faktor ini mempunyai kaitan dengan kesejahteraan mental, namun teknologi digital tidak mempunyai pengaruh ke atas kesejahteraan sosial pelajar asnaf di UUM. Perbincangan tentang implikasi faktor-faktor ini terhadap kesejahteraan mental dan sosial telah dihurai seperti peranan pembelajaran dalam talian bagi membentuk interaksi sosial yang baik dalam kalangan pensyarah dan rakan-rakan, perlunya sokongan ahli keluarga, dan pelajar perlu mempunyai perspektif yang positif terhadap teknologi digital bagi meningkatkan kesejahteraan mental mereka. Dalam pada itu, kajian ini juga mendapati bahawa faktor demografi tidak memberi perbezaan yang signifikan kecuali pada aspek kesejahteraan sosial, wujud perbezaan yang signifikan bagi kesejahteraan sosial antara pelajar asnaf lelaki dan perempuan. Manakala, ciriciri demografi lain tidak terdapat perbezaan. Beberapa cadangan telah dikemukakan termasuklah implikasi pelaksanaanya seperti mempelbagaikan aktiviti fizikal dan rohani, menyediakan infrastruktur pembelajaran dalam talian yang kondusif, mengimbangi sikap positif, negatif terhadap penggunaan teknologi digital dan mengangkat peranan LZNK sebagai hub sehenti program kesejahteraan mental dan sosial pelajar IPTA menerusi kolaborasi tripatite antara IPTA, LZNK dan Persatuan Rukun Tetangga / Masyarakat |
---|