Agropelancongan Perikanan Air Tawar di Tasik Gubir Sik Kedah: dari Pengalaman Pelancong
Negeri Kedah mempunyai banyak kawasan semula jadi yang berpotensi sebagai kawasan pelancongan. Walaupun banyak kawasan yang cantik dan menarik namun, tidak banyak kajian yang dilakukan untuk mempopularkan kawasan tersebut menyebabkan ia kurang dikenali ramai dan jarang dikunjungi oleh pelancong teru...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Global Academic Excellence
2023
|
Subjects: | |
Online Access: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31457/1/JTHEM%2008%2032%202023%2099-116.pdf https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31457/ https://www.jthem.com/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Negeri Kedah mempunyai banyak kawasan semula jadi yang berpotensi sebagai kawasan pelancongan. Walaupun banyak kawasan yang cantik dan menarik namun, tidak banyak kajian yang dilakukan untuk mempopularkan kawasan tersebut menyebabkan ia kurang dikenali ramai dan jarang dikunjungi oleh pelancong terutama luar negeri Kedah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti aktiviti agropelancongan dan meneroka keindahan semula jadi Tasik Gubir yang terdapat di tempat tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Data diperolehi melalui borang soal selidik yang diedarkan secara rawak kepada 100 orang pelancong yang berkunjung ke Tasik Gubir pada 1 hingga 30 Julai 2022 dan temu bual bersama pelancong. Dapatan kajian menunjukkan dua faktor utama tarikan ialah dari segi aktiviti perikanan air tawar dan hidangan makanan. Terdapat dua kategori pertama mereka yang mempunyai lesen dan menangkap ikan secara komersial dan kedua pelancong dan orang awam yang datang untuk memancing. Aktiviti memancing menjadi tarikan utama kepada kaki pancing kerana jumlah ikan yang banyak disebabkan tasik yang tidak tercemar. Tasik Gubir bukan sahaja terkenal kerana keindahan semula jadinya, malah menjadi daya tarikan baharu kepada pelancong yang datang untuk menikmati hidangan ikan tawar. Faktor hidangan makanan pula adalah kerana di sini terdapat gerai yang menyediakan hidangan air tawar hasil daripada Tasik Gubir yang dihidangkan secara segar dengan pelbagai jenis masakan tempatan. Oleh itu, dicadangkan pihak kerajaan negeri mengambil inisiatif untuk mengekalkan ekosistem dan menonjolkan lebih banyak aktiviti dan makanan tempatan di sekitar Tasik Gubir. Kajian ini memberi sumbangan untuk meningkatkan aktiviti pelancongan di negeri Kedah seterusnya membantu penjanaan ekonomi masyarakat setempat iaitu Sik |
---|