Mereka Cipta Aplikasi Saringan untuk Pemilihan Asnaf Zakat dalam Kalangan Staf Universiti Utara Malaysia (UUM)

Menyedari wujudnya adanya golongan asnaf yang berada di Universiti Utara Malaysia, kajian ini bertujuan untuk mereka cipta satu aplikasi mudah yang boleh membantu asnaf UUM untuk menyemak status kelayakan mereka sebagai golongan yang layak memohon bantuan zakat. Sampel penyelidikan ini adalah golong...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ishak, Rokiah, Lode, Nor Asma Lode, Khairudin, Norhaiza
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30694/1/7th%20ICSC%202022%20263-282.pdf
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30694/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Menyedari wujudnya adanya golongan asnaf yang berada di Universiti Utara Malaysia, kajian ini bertujuan untuk mereka cipta satu aplikasi mudah yang boleh membantu asnaf UUM untuk menyemak status kelayakan mereka sebagai golongan yang layak memohon bantuan zakat. Sampel penyelidikan ini adalah golongan staf UUM yang bertindak sebagai ketua isi rumah atau ahli isi rumah. Dengan menggunakan maklumat yang terdapat di dalam borang permohonan bantuan zakat staf, satu aplikasi telah dibangunkan menggunakan format Microsoft Excel. Berdasarkan penggunaan aplikasi yang telah dihasilkan untuk mendapatkan status layak bagi pemohon yang mempunyai pendapatan isirumah maksimum RM4,000 seperti yang telah ditetapkan oleh pihak UUM, pemohon mesti mempunyai bilangan tanggungan sekurang-kurangnya empat orang termasuk isteri/suami serta mendiami rumah sewa. Pemohon juga perlu mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak yang belajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Sekiranya tiada anak yang belajar di IPT bilangan tangungan pemohon perlulah sekurang-kurangnya lima orang. Selain UUM, aplikasi ini juga boleh digunakan oleh organisasi lain untuk menyaring golongan yang layak menerima zakat bagi membolehkan penyaluran bantuan kepada golongan sasar dapat dilakukan dengan cepat dan berkesan di samping mengurangkan ketirisan dari segi pengagihan bantuan kepada golongan terbabit.