Penilaian Terhadap Keberkesanan Ekosistem Pelaksanaan Program Food Bank Oleh LZNK Untuk Memenuhi Global Agenda SDGs Dan Maqasid Syariah (S/O 14534)
Food Bank mula mendapat perhatian dan telah dilaksana secara meluas di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan Singapura. Menyedari hakikat bahawa makanan merupakan sumber asasi kepada manusia untuk kekal cergas dan sihat dalam membentuk keluarga bahagia, Lembaga Zakat Neg...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , , |
---|---|
Format: | Monograph |
Language: | English |
Published: |
UUM
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30175/1/14534.pdf https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30175/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Food Bank mula mendapat perhatian dan telah dilaksana secara meluas di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan Singapura. Menyedari hakikat bahawa makanan merupakan sumber asasi kepada manusia untuk kekal cergas dan sihat dalam membentuk keluarga bahagia, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) adalah antara agensi pelopor dalam mengagihkan Food Bank kepada golongan yang memerlukan di Malaysia. Walau bagaimanapun, keberkesanan pelaksanaan Food Bank dalam negara masih awal dan belum mempunyai sebarang indikator tahap pencapaian. Oleh yang demikian, kajian ini penting untuk dilaksanakan bagi mengenalpasti keberkesanan ekosistem pelaksanaan Food Bank oleh LZNK untuk memenuhi indikator global agenda SDGs. Kajian yang menggunakan reka bentuk campuran ini dimulakan dengan kajian kualitatif. Seramai empat orang pengelola dan tiga orang penerima peringkat kariah di dua daerah di negeri Kedah telah ditemubual. Hasil dapatan yang dianalisis secara tematik menggunakan Atlas.ti menunjukkan empat tema utama yang kerap ditekankan oleh pengelola dan penerima iaitu aspek pengurusan, ekonomi, pendidikan dan psikologi. Penerima berpuas hati dengan cara pihak pengelola mengendalikan program Food Bank khususnya dalam aspek pemilihan mereka yang layak dan cara pengagihan dilakukan. Majoriti penerima mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kerana bantuan Food Bank dapat meringankan beban perbelanjaan yang ditanggung. Seterusnya, bagi mendapatkan data kuantitatif, soal selidik telah diedarkan kepada penerima Food Bank yang terpilih di Daerah Baling, Sik, Kubang Pasu dan Kota Setar. Dengan menggunakan perisian SPSS versi 26, secara keseluruhan dapatan kajian menunjukkan bahawa dapatan kajian menunjukkan tahap keberkesanan pengurusan dan pelaksanaan Food Bank pada tahap yang tinggi dengan nilai (min = 4.160, sp = 0.516). Tahap tinggi dalam skala ini bermaksud majoriti responden berpuas hati dengan pengurusan dan pelaksanaan yang dijalankan oleh LZNK dan pembantu amil yang menguruskan agihan bekalan makanan. Lapan konstruk yang dicadangkan juga mendapat min pada tahap yang tinggi. Konstruk Kepuasan Perkhidmatan mendapat min tertinggi (min = 4.361, sp = .513), diikuti oleh konstruk Kesedaran Agama (min = 4.253, sp = .525), Kualiti Perkhidmatan (min = 4.186, sp = .513), Khasiat Bekalan Makanan (min = 4.174, sp = .544), Daya Ketahanan (min = 4.120, sp = .441), Emosi (min = 4.112, sp = .483), Kecukupan Bekalan Makanan (min = 4.094, sp = .568). Manakala konstruk Penghargaan Kendiri berada pada tahap sederhana tinggi (min=3.980, sp = .582). Selari dengan dapatan kualitatif, dapatan kajian kuantitatif mendapati daerah Kota Setar menunjukkan kadar pengurangan perbelanjaan bulanan yang tertinggi berbanding daerah lain iaitu sebanyak 27.6% manakala daerah Sik menyatakan bahawa bantuan Food Bank hanya dapat membantu mengurangkan beban perbelanjaan bulanan mereka sebanyak 10.1%. Hasil dapatan kajian ini memberi gambaran jelas bahawa program Food Bank secara tidak langsung mendidik penerima menghargai bantuan yang diberikan sekaligus memberi kesan positif kepada mereka. Kajian ini juga menunjukkan bahawa matlamat program Food Bank berjaya memenuhi matlamat hifz al-nafs atau menjaga nyawa dalam Maqasyid Syariah dan sejajar dengan matlamat global sifar kelaparan dalam Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals-SDGs). Diharapkan kajian ini dapat menjadi penanda aras dalam memantapkan lagi program Food Bank di negeri Kedah. Selain itu, kepada penyelidik akan datang agar kajian dapat diluaskan lagi kepada daerah-daerah lain di negeri Kedah. |
---|