Tingkahlaku Etika Pegawai-Pegawai Imigresen di Kedah dan Perlis (S/O 13728)

Amalan tidak beretika seperti salahlaku rasuah melibatkan penjawat awam, khususnya di kalangan agensi penguatkuasa kerajaan, sering mendapat perhatian berita tempatan kerana urusan mereka melibatkan kepentingan awam secara keseluruhan. Antara agensi penguatkuasaan utama di Malaysia ialah Polis Di Ra...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamed, Khadijah, Megat Latif, Hairuddin, Azrae, Ahmad Nasyran
Format: Monograph
Language:English
Published: UUM 2021
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30163/1/13728.pdf
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30163/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Amalan tidak beretika seperti salahlaku rasuah melibatkan penjawat awam, khususnya di kalangan agensi penguatkuasa kerajaan, sering mendapat perhatian berita tempatan kerana urusan mereka melibatkan kepentingan awam secara keseluruhan. Antara agensi penguatkuasaan utama di Malaysia ialah Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berada di bawah portfolio kementerian yang berlainan. JIM merupakan agensi penguatkuasa di bawah Kementerian Dalam Negeri yang bertanggungjawab mengawal pintu masuk ke sempadan negara dan hal-ehwal yang berkaitan. Mengambilkira peranan dan tanggungjawab JIM terhadap keselamatan negara, kajian ini dijalankan dengan memfokus kepada tingkah laku etika pegawai-pegawai JIM di Kedah dan Perlis yang bertanggungjawab mengawal pintu masuk negara di bahagian utara tanahair. Objektif utama kajian ini ialah mengkaji tahap tingkahlaku etika pegawai-pegawai JIM di Kedah dan Perlis. Rekabentuk kajian secara tinjauan rentas telah digunakan dalam kajian ini. Kutipan data melibatkan pengedaran soal selidik. Responden kajian ini ialah para pegawai imigresen yang masih bertugas di kedua-dua negeri. Sebanyak 306 soal selidik telah dianalisis. Kajian ini menggunakan pengukuran Defining Issue Test (DIT) untuk mengukur tingkahlaku etika. Secara am, dapatan kajian menunjukkan skor min tahap tingkahlaku etika para pegawai imigresen berada pada tahap pasca konvensional dengan indeks P DIT sebanyak 46.80 atas skor maksima 100. Dapatan menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan dalam aspek tingkahlaku etika di antara lelaki dan wanita. Kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan di antara responden yang telah didedahkan kepada pendidikan etika melalui seminar berbanding dengan mereka yang tidak pernah mendapat pendedahan. Turut didapati bahawa kesemua pemboleh ubah bebas yang diambil kira dalam kajian ini berkecenderungan mempengaruhi tingkahlaku secara negatif kecuali umur, pendedahan kursus etika semasa di Institusi Pengajian Tinggi serta pengetahuan dan pemahaman mengenai kod etika. Pengetahuan dan pemahaman terhadap kod etika pegawai imigresen serta pendedahan kursus etika melalui seminar didapati mempengaruhi tingkahlaku etika pegawai imigresen secara signifikan. Kajian juga mendapati bahawa tahap pengetahuan dan pemahaman terhadap kod etika di kalangan pegawai imigresen adalah agak tinggi. Daripada hasil kajian ini, adalah dicadangkan kursus mengenai etika pegawai imigresen perlu terus dipertingkatkan dan peruntukan dalam kod etika bagi pegawai imigresen diperkukuhkan lagi.