Penilaian Keperluan Pelajar Terhadap Pembangunan Sistem E-Penjejakan Secara Masa Nyata Melalui Aplikasi Telefon Pintar
Kelewatan ke kuliah adalah satu fenomena yang sering berlaku di dalam kampus universiti disebabkan pelbagai faktor. Kelewatan ini antaranya adalah disebabkan oleh ketidakcekapan penyedia perkhidmatan bas yang terjebak di dalam kesesakan, ketidakcukupan bilangan bas, masa menunggu yang lama dan sebag...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Monograph |
Language: | English |
Published: |
UUM
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30118/1/14581.pdf https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30118/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kelewatan ke kuliah adalah satu fenomena yang sering berlaku di dalam kampus universiti disebabkan pelbagai faktor. Kelewatan ini antaranya adalah disebabkan oleh ketidakcekapan penyedia perkhidmatan bas yang terjebak di dalam kesesakan, ketidakcukupan bilangan bas, masa menunggu yang lama dan sebagainya. Ianya dikatakan antara punca mengapa pelajar kurang konsentrasi ketika berada dalam sesi pengkuliahan. Lantaran itu, kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas kepuasan hati pelajar terhadap perkhidmatan bas di dalam kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah. Keputusan yang diperolehi mendapati pelajar menghadapi masalah kritikal terhadap pengurusan masa dari aspek tempoh beratur, menunggu bas dan ketika transit. Pada masa yang sama kajian ini telah mendapatkan maklumbalas untuk membangunkan sistem prototaip E-Penjejakan bagi membantu pelajar mengatur masa melalui telefon pintar. Sistem ini berpotensi untuk menjangka masa ketibaan, kelewatan dan kapasiti penumpang sesebuah bas ketika sedang beroperasi. Sistem ini juga akan membantu pihak universiti untuk merealisasikan program ‘green campus’ dan ‘green transportation’ pada masa yang sama. Keputusan dari analisis data menunjukkan mereka bersetuju bahawa sistem prototaip ini berpotensi untuk; mengurangkan masa menunggu, membantu mereka mengetahui masa ketibaan, masa bertolak, dan tempoh perjalanan bas dengan lebih tepat dan pantas. |
---|