Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Bekas Banduan Menjadi Gelandangan

Bekas banduan yang berakhir sebagai gelandangan bukanlah sebuah isu baharu dalam mana-mana negara. Konflik ini dirumitkan lagi dengan kewujudan bekas banduan yang terjerumus ke dalam kancah kemiskinan dan kedaifan seterusnya menyebabkan mereka tidak berupaya untuk keluar dari lingkungan hidup di jal...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jasni, Mohd Alif
Format: Monograph
Language:English
Published: UUM 2021
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30110/1/14621.pdf
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30110/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Bekas banduan yang berakhir sebagai gelandangan bukanlah sebuah isu baharu dalam mana-mana negara. Konflik ini dirumitkan lagi dengan kewujudan bekas banduan yang terjerumus ke dalam kancah kemiskinan dan kedaifan seterusnya menyebabkan mereka tidak berupaya untuk keluar dari lingkungan hidup di jalanan. Keadaan ini menyebabkan sebuah kajian dilakukan dalam mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan bekas banduan ini berakhir hidup menjadi gelandangan. Pengkaji juga cuba meneroka bantuan dan sokongan yang diterima oleh bekas banduan sepanjang dibebaskan dari penjara. Pengkaji telah mengunakan kaedah kualitatif dengan menemubual seramai 15 orang responden yang menepati ciri-ciri inklusif kriteria seperti merupakan gelandangan melebihi setahun, tidak mempunyai penempatan, berusian 21 tahun ke atas dan warganegara Malaysia. Pengkaji telah mengunakan teknik persampelan bertujuan dan bola salji untuk mengenalpasti responden yang diperlukan. Dapatan mendapati terdapat beberapa faktor besar yang menyebabkan mereka ini berakhir menjadi gelandangan. Antara faktor yang dikenalpasti adalah seperti faktor peribadi, faktor penolakan keluarga, faktor pengangguran, faktor pendiskriminasian masyarakat dan faktor berterusan menagih dadah. Dari segi bantuan dan sokongan yang diterima selepas dibebaskan, pengkaji mendapati rata-rata responden tidak menerima sebarang bentuk bantuan dari pihak kerajaan. Mereka perlu memohon sendiri bantuan yang diperlukan seperti menerusi Baitulmal dan JKM tetapi dirumitkan dengan proses birokrasi dan ketiadaan dokumen yang lengkap. Hasil dapatan yang dilakukan telah mengenalpasti beberapa bantuan dan intervensi yang boleh diperkenalkan oleh kerajaan untuk gelandangan bekas banduan agar mereka dapat keluar daripada kehidupan jalanan. Antaranya ialah dengan memberikan pekerjaan, tempat tinggal, bantuan kewangan, kad pengenalan dan bimbingan agama. Keperluan untuk buat pihak kerajaan terutama Jabatan Penjara Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menjadi lebih cakna dalam mengenalpasti perkhidmatan yang boleh diberikan kepada gelandangan bekas banduan agar mereka dapat keluar daripada kehidupan di jalanan ini. Diharap hasil dapatan kajian ini dapat digunakan dalam membentuk program bantuan dan sokongan lanjutan yang bersesuaian buat gelandangan bekas banduan.