Pengetahuan Generasi Muda Terhadap Gagasan Rukun Negara (Young Generation Knowledge towards the Philosophy of Rukun Negara)
Rukun Negara adalah deklarasi falsafah kebangsaan yang telah diwujudkan sejak berpuluh tahun yang lalu. Ia mempunyai matlamat untuk memastikan masyarakat berbilang kaum di negara ini dapat hidup harmoni dan bersatu padu. Kajian dan tulisan mengenai Rukun Negara agak terhad terutamanya berkaitan kese...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
UUM Press
2023
|
Subjects: | |
Online Access: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29959/1/AHJMM%2001%2000%202023%2071-81.pdf https://doi.org/10.32890/ahjmm2023.1.5 https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29959/ https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ahjmm/article/view/19147 https://doi.org/10.32890/ahjmm2023.1.5 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Rukun Negara adalah deklarasi falsafah kebangsaan yang telah diwujudkan sejak berpuluh tahun yang lalu. Ia mempunyai matlamat untuk memastikan masyarakat berbilang kaum di negara ini dapat hidup harmoni dan bersatu padu. Kajian dan tulisan mengenai Rukun Negara agak terhad terutamanya berkaitan kesedaran dan penghayatan generasi muda. Walaupun terdapat usaha untuk mengukuhkan kesedaran masyarakat dari masa ke semasa, kita masih belum jelas dengan keberkesanannya. Tujuan kajian ini adalah untuk menjawab persoalan mengenai tahap pengetahuan generasi muda terhadap gagasan ini. Kajian tinjauan telah dijalankan dalam kalangan mahasiswa yang berusia dalam lingkungan umur 20 hingga 25 tahun. Rasional pemilihan mereka adalah kerana merekalah yang akan mencorakkan dan seterusnya menerajui negara di masa depan. Jika sekiranya mereka mempunyai kesedaran yang tinggi, maka ia merupakan satu petanda yang sangat baik kepada negara. Ini akan menjadi asas dalam usaha untuk memantapkan penggunaan Rukun Negara sebagai wadah perpaduan dan kemajuan negara. Dapatan daripada tinjauan terhadap 240 responden menunjukkan generasi muda mempunyai pemahaman yang agak baik berkaitan Rukun Negara. Secara keseluruhannya, mereka mampu untuk menjawab persoalan asas berkaitan Rukun Negara dengan sebaiknya. Ini menunjukkan teras kepada pembentukan jiwa generasi muda untuk pengukuhan perpaduan sudah wujud, maka usaha seterusnya perlu dilaksanakan dengan baik. Kajian ini sangat signifikan dalam memberikan pemahaman mengenai status dengan baik. Kajian ini sangat signifikan dalam memberikan pemahaman mengenai status pengetahuan pengetahuan generasi yang bakal menjadi pemimpin negara pada masa depan terhadap generasi yang bakal menjadi pemimpin negara pada masa depan terhadap falsafah kebangsaan. |
---|