Pemasaran Digital dan Pendekatan Kontemporari dalam melahirkan Usahawan Wanita Berjaya di Yayasan Sultanah Bahiyah

Kajian ini melibatkan kolaborasi antara penyelidik di Universiti Utara Malaysia, Bahagian Pembangunan Wanita, Kesihatan dan Warga Emas di Yayasan Sultanah Bahiyah serta Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Kedah. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memberi motivasi keusahawanan, memberi pendedahan ke...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abd Rani, Shamsul Huda, Hashim, Norashidah, Abu Bakar, Lily Julienti, Abdullah, Sahadah, Mustafa Kamil, Bidayatul Akmal, Md Isa, Normalisa
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Utara Malaysia 2022
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29336/1/14929.pdf
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29336/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini melibatkan kolaborasi antara penyelidik di Universiti Utara Malaysia, Bahagian Pembangunan Wanita, Kesihatan dan Warga Emas di Yayasan Sultanah Bahiyah serta Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Kedah. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memberi motivasi keusahawanan, memberi pendedahan kepada ilmu keusahawanan kontemporari serta mendidik, membantu membimbing peserta ke arah menjadi usahawan wanita yang berjaya. Seramai 46 orang peserta terlibat dalam fasa pertama kajian manakala seramai 24 orang peserta terlibat dalam fasa kedua dan ketiga. Secara kuantitatif, kajian ini mempunyai objektif untuk mengkaji hubungan di antara pemasaran digital, pembungkusan kreatif serta penjenamaan produk dan kejayaan usahawan Wanita. Kajian ini dijalankan melalui tiga fasa iaitu motivasi keusahawanan, pendedahan kepada ilmu keusahawanan kontemporari dan juga fasa permentoran. Dapatan kajian juga menunjukkan pembolehubah seperti pemasaran digital, pembungkusan kreatif serta penjenamaan produk mempunyai hubungan yang signifikan dengan kejayaan usahawan wanita. Kesimpulannya usahawan wanita perlu sentiasa mempersiapkan diri dalam menjamin kelestarian serta kelangsungan perniagaan mereka. Mereka juga perlu mengadaptasi dengan perubahan yang berlaku samada dalam persekitaran dalaman mahupun luaran.