Persepsi pakar terhadap kecelaruan disforik prahaid
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti persepsi pakar yang terdiri daripada pakar psikiatri dan pakar sakit puan berkenaan kecelaruan disforik prahaid (PMDD). Kajian ini merangkumi persepsi masyarakat dan tahap pengetahuan dari sudut pandangan pakar, faktor-faktor PMDD dan simptom-simptom yang di...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
UUM Press
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29064/1/JPS%2021%202021%2075-107.pdf https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29064/ https://e-journal.uum.edu.my/index.php/jps/article/view/14574 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti persepsi pakar yang terdiri daripada pakar psikiatri dan pakar sakit puan berkenaan kecelaruan disforik prahaid (PMDD). Kajian ini merangkumi persepsi masyarakat dan tahap pengetahuan dari sudut pandangan pakar, faktor-faktor PMDD dan simptom-simptom yang dipercayai adalah simptom PMDD. Kajian lepas mengandungi kajian-kajian baru diterbitkan memfokuskan kepada sindrom prahaid (PMS) dan PMDD. Reka bentuk kajian ini berbentuk kualitatif dengan memberikan penekanan kepada kaedah temu bual. Seramai empat orang pakar dipilih sebagai responden kajian iaitu dua orang pakar psikiatri dan dua orang pakar sakit puan. Kaedah pengumpulan data dalam kajian ini adalah melalui temu bual bersemuka dan melalui telefon dengan menggunakan soalan semi-struktur dan terarah. Data yang diperolehi telah diproses melalui analisis data tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa masyarakat masih lagi tidak mengetahui apa itu PMDD dan terdapat kepelbagaian faktor membawa kewujudan seperti ketidakstabilan hormon wanita, genetik, persekitaran dan gaya hidup. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa simptom-simptom PMDD seringkali melibatkan simptom fizikal dan simptom psikologikal. Kajian ini akan dapat membantu masyarakat mendapatkan gambaran yang lebih jelas dan terperinci mengenali PMDD. |
---|