Pelaksanaan Istibdāl bagi tanah-tanah wakaf di Malaysia: Kajian perbandingan antara hukum syarak dengan perundangan sivil

Istibdāl mempunyai peranan penting terhadap tanah-tanah wakaf yang tidak produktif. Walau bagaimanapun, pelaksanaan istibdāl turut menjadi perhatian dari beberapa aspek. Kajian sebelum ini mengenai istibdāl adalah menjurus kepada aspek tertentu dan masih banyak ruangan untuk kajian lanjutannya. Sehu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad, Ridzuan, Mohd Yusoff, Zurita, Nordin, Nadhirah
Format: Article
Language:English
Published: UUM Press 2021
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/28835/1/UUMJLS%2012%2002%202021%20307-331.pdf
https://doi.org/10.32890/uumjls2021.12.2.13
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/28835/
https://e-journal.uum.edu.my/index.php/uumjls/article/view/15603
https://doi.org/10.32890/uumjls2021.12.2.13
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Istibdāl mempunyai peranan penting terhadap tanah-tanah wakaf yang tidak produktif. Walau bagaimanapun, pelaksanaan istibdāl turut menjadi perhatian dari beberapa aspek. Kajian sebelum ini mengenai istibdāl adalah menjurus kepada aspek tertentu dan masih banyak ruangan untuk kajian lanjutannya. Sehubungan itu, kajian ini akan memfokuskan tiga objektif utama: Pertama, pemerhatian dari sudut hukum syarak; kedua, amalan pelaksanaan pada peringkat Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN); dan ketiga, kajian dari sudut perbandingan dengan perundangan sivil. Kajian ini dijalankan melalui kaedah kajian kualitatif dan pendekatan kajian pula menggunakan reka bentuk penerokaan terhadap dokumen-dokumen yang berkaitan. Selain kajian perpustakaan yang dilaksanakan, kajian ini juga melibatkan kajian lapangan iaitu melalui temubual dengan beberapa pegawai wakaf daripada Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN). Analisis kajian dilakukan secara kajian dokumen dengan melibatkan teknik analisis induktif, deduktif dan komparatif. Dapatan kajian yang pertama menunjukkan bahawa menurut keempat-empat mazhab, pelaksanaan istibdāl dibolehkan sekiranya tanah wakaf adalah dalam keadaan darurat. Selain itu, mazhab Hanafi turut membenarkan istibdāl jika harta yang diganti mempunyai elemen maslahat. Dapatan kajian yang kedua pula mendapati bahawa 37.5 peratus daripada pihak MAIN melaksanakan istibdāl secara jualan tanah, 37.5 peratus pula tidak melaksanakan dan 25 peratus lagi tidak menggalakkan. Manakala, dapatan kajian yang ketiga merungkaikan bahawa kedudukan istibdāl adalah tidak selari dengan perundangan sivil iaitu Akta Pengambilan Balik Tanah 1960 (Akta 486) Seksyen 3 (1) dan Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56) Seksyen 115 (4) (a). Rumusannya, hasil kajian ini telah mencadangkan beberapa penyelesaian bagi memastikan pelaksanaan istibdāl dilaksanakan dengan lebih efisien di negara ini.