Reaksi Masyarakat Terhadap Kenegaraan Malaysia: Penelitian di Daerah Kubang Pasu, Kedah

Manifestasi cintakan negara seringkali dipamerkan melalui keterlibatan dan sumbangan warga masyarakat secara langsung atau sebaliknya dalam negara. Hubungan baik dan patriotism merupakan elemen penting dalam agenda pembangunan negara. Artikel ini membincangkan reaksi masyarakat di Daerah Kubang Pasu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Haniffa, Mohamed Ali, Mohamad, Ayu Nor Azilah, Rambely, Nor Azlah Sham
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/28509/1/3rdISC2021_01_09.pdf
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/28509/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Manifestasi cintakan negara seringkali dipamerkan melalui keterlibatan dan sumbangan warga masyarakat secara langsung atau sebaliknya dalam negara. Hubungan baik dan patriotism merupakan elemen penting dalam agenda pembangunan negara. Artikel ini membincangkan reaksi masyarakat di Daerah Kubang Pasu terhadap lambang Kenegaraan Malaysia. Penelitian akan dilakukan terhadap lima lambang tersebut meliputi Jata Negara, Lagu Negaraku, Bendera Kebangsaan, Bunga Kebangsaan dan Bahasa Kebangsaan. Kajian ini menggunakan mix method iaitu gabungan aspek kualitatif dan kuantitatif. Elemen kuantitatif menggunakan survei terhadap 500 orang responden dalam kalangan masyarakat pelbagai bangsa di Daerah Kubang Pasu. Dapatan kajian menunjukkan keseluruhan pembolehubah ialah dengan nilai min 4.17 (sisihan piawai=0.315). Manakala penghayatan masyarakat terhadap lambing Kenegaraan Malaysia ialah sebanyak 83.4 peratus. Ini menunjukkan bahawa reaksi masyarakat terhadap penghayatan lambang kenegaraan di Daerah Kubang Pasu, Kedah berada pada tahap tinggi. Kajian ini merupakan tapak awal bagi menggambarkan reaksi masyarakat di Daerah Kubang Pasu terhadap lambang kenegaraan. Survei yang digunakan boleh dijadikan alat bagi mengukur tahap penghayatan masyarakat terhadap lambang Kenegaraan dalam skala yang lebih besar. Dapatan ini juga boleh dijadikan sebagai salah satu kayu ukur tahap patriotisme masyarakat Malaysia terhadap negara Malaysia.