Peranan teknologi dalam tranformasi pembangunan

Transformasi merupakan penyebab asas kepada pengeluaran ekonomi, sosial dan politik serta masalah sosial dan ketidaksamaan. Oleh itu, transformasi pembangunan perlu melibatkan perubahan dalam struktur sosial, institusi dan hubungan termasuk corak stratifikasi kelas,...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yusoff, Noraniza
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/26822/7/noraniza17032020.pdf
http://repo.uum.edu.my/26822/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Transformasi merupakan penyebab asas kepada pengeluaran ekonomi, sosial dan politik serta masalah sosial dan ketidaksamaan. Oleh itu, transformasi pembangunan perlu melibatkan perubahan dalam struktur sosial, institusi dan hubungan termasuk corak stratifikasi kelas, etnik, gender dan lain-lain yang memberi kesan kepada generasi masa hadapan. Transformasi pembangunan perlu menyokong transisi pengeluaran dan penggunaan yang disertai perubahan struktur ekonomi dan hubungan untuk meningkatkan produktiviti. Kertas konsep ini meneliti cabaran global yang berkaitan dengan kekurangan akses kepada teknologi dan secara langsung mengkaji peranan teknologi dalam transformasi pembangunan. Teknologi merupakan unsur penting dalam mana-mana strategi untuk menyelesaikan masalah semasa. Teknologi yang bersifat produktif dalam aspek organisasi pengeluaran, penggunaan dan tingkah laku gaya hidup, taburan, penggunaan dan kawalan sumber, dan sistem tadbir urus serta mekanisme akautabiliti yang boleh dilaksanakan boleh menghasilkan kesan berpanjangan. Oleh itu, penggunaan teknologi perlu lebih inklusif, saksama dan mampan termasuk peluang kepada golongan miskin untuk membangunkan teknologi tempatan yang sesuai atau teknologi yang berharga murah dari negara maju tanpa kebergantungan pembangunan yang berpanjangan.