Kecukupan maklumat penilaian dalam melestarikan proses penilaian prestasi kerja oleh pegawai penilai.

Pegawai penilai memainkan peranan yang penting dalam memastikan proses penilaian prestasi kerja pegawai yang dinilai dilaksanakan dengan baik. Walau bagaimanapun, pegawai penilai dikatakan mempunyai maklumat penilaian yang kurang mencukupi dari segi pelaksanaan proses penilaian prestasi dan pemantau...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Low, Kah Choon, Embi, Muhamad Ali
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/25955/1/Scan%20to%20a%20B%26W%20PDF%20file%20and%20send%20it%20to%20PaperPort_1.PDF
http://repo.uum.edu.my/25955/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pegawai penilai memainkan peranan yang penting dalam memastikan proses penilaian prestasi kerja pegawai yang dinilai dilaksanakan dengan baik. Walau bagaimanapun, pegawai penilai dikatakan mempunyai maklumat penilaian yang kurang mencukupi dari segi pelaksanaan proses penilaian prestasi dan pemantauan prestasi kerja. Kajian ini mengaplikasikan reka bentuk cross-sectional survey dan borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Responden kajian adalah 488 orang Pegawai Penilai Pertama dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang berkhidmat dalam Kementerian dan Jabatan Persekutuan di Putrajaya. Hasil kajian mendapati pegawai penilai memerlukan dua jenis maklumat penilaian iaitu maklumat berkaitan sistem penilaian prestasi dan maklumat berkaitan pemantauan kerja. Majoriti pegawai penilai bersetuju bahawa mereka mempunyai maklumat sistem dan maklumat pemantauan yang mencukupi. Hasil kajian ini memberi pendedahan penting kepada Pengurus Sumber Manusia dan pegawai penilai akan faktor kecukupan maklumat yang harus diberi tumpuan dalam melestarikan proses penilaian prestasi kerja bagi memastikan matlamat penilaian yang objektif, adil dan telus dapat dicapai.