Pembinaan harga diri pelajar melalui program PINTAR di sekolah kebangsaan: Adakah kita berjaya?
Pembinaan harga diri, nilai kekeluargaan dan kemahiran sosial merupakan aspek yang perlu dibentuk dan diterapkan kepada pelajar terutamanya semasa di sekolah rendah. Ianya merupakan agenda utama untuk membentuk harga diri bagi menghindar konflik penagihan dadah dan penyalahangunaan bahan terlarang....
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
Universiti Utara Malaysia
2004
|
Subjects: | |
Online Access: | http://repo.uum.edu.my/2333/1/08152010111553_02.pdf http://repo.uum.edu.my/2333/ http://lintas.uum.edu.my:8080/elmu/index.jsp?module=webopac-l&action=fullDisplayRetriever.jsp&szMaterialNo=0000226213 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pembinaan harga diri, nilai kekeluargaan dan kemahiran sosial merupakan aspek yang perlu dibentuk dan diterapkan kepada pelajar terutamanya semasa di sekolah rendah. Ianya merupakan agenda utama untuk membentuk harga diri bagi menghindar konflik penagihan dadah dan penyalahangunaan bahan terlarang. Program Intelek Asuhan Rohani(PINTAR) merupakan salah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia
membina harga dan ketahanan diri pelajar, melalui proses
transformasi kemahiran, nilai dan sikap terhadap pelajar. Kajian keberkesanan program PINTAR dilakukan dengan menganalisis kandungan terhadap program pendidikan dari segi perlaksanaan, keberkesanannya dun statistik berkaitan dengannya.Penilaian dilakukan terhadap pembinaan harga din, pengaruh sekolah, ibubapa dan rakan sebaya terhadap pelajar. Kajian berbentuk eksperimen ini dijalankan ke
atas kanak-kanak yang mendapat program tersebut sepenuhnya,
menerima separuh program dan kanak-kanak yang tidak menerima
program sebagai kumpulan kawalan. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan aspek-aspek yang dinilai berdasarkan fasa penilaian antara kumpulan tersebut. Keberkesanan program yang dilaksanakan amat bergantung kepada kekerapan penyelarasan dan pemantauan dari agensi yang terlibat secara langsung, latihan guru,kesedaran pentadbir sekolah, pengiktirafan kemahiran dan kepakaran
guru terlibat, dan pencegahan menjurus kepada kumpulan yang tepat sesuai dengan objektif pendidikan pencegahan dadah. |
---|