Dimensi-dimensi kesepaduan komuniti dalam masyarakat: refleksi dari hasil kajian penjanaan instrument pengukuran modal sosial di Malaysia

Kertas ini mengupas persoalan berkaitan kesepaduan komuniti (community solidarity) sebagai refleksi daripada satu kajian yang dijalankan di negeri Kedah, Malaysia. Kajian tersebut bertujuan mewujudkan instrumen pengukuran konstruk sosiologikal yang disebut sebagai social capital atau modal sos...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Hamid, Ahmad Shukri, Ahmad Marzuki, Najib, Ahmad, Noor Azizah, Ishak, Mohd Sobhi, Mokhtar, Norliza
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/22933/1/Ahmad%20Shukri%20Abdul%20Hamid%2C%20Najib%20Ahmad%20Marzuki%2C%20Noor%20Azizah%20Ahmad%2C%20Mohd.%20Sobhi%20Ishak%20%26%20Norliza%20Mokhtar%2C%202016.pdf
http://repo.uum.edu.my/22933/
https://www.insan.uthm.edu.my/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas ini mengupas persoalan berkaitan kesepaduan komuniti (community solidarity) sebagai refleksi daripada satu kajian yang dijalankan di negeri Kedah, Malaysia. Kajian tersebut bertujuan mewujudkan instrumen pengukuran konstruk sosiologikal yang disebut sebagai social capital atau modal sosial dengan mengambilkira aspek kehidupan masyarakat setempat. Modal sosial diertikan dalam perbincangan ini sebagai mewakili maksud kesepaduan komuniti. Justeru, dalam diskusi ini kesepaduan komuniti dinilai secara multidimensi dengan menggabungkan enam aspek kehidupan komuniti, iaitu: a) Penglibatan dalam aktiviti sosial; b) Proaktiviti dalam konteks sosial, c) Hubungan kejiranan; d) Toleransi kepelbagaian kaum; e) Rasa percaya dan selamat, dan f) Nilai kehidupan. Gabungan keenam-enam dimensi ini mewujudkan suatu instrumen pengukuran modal sosial pada tahap komuniti. Secara refleksi apa yang terhasil dari kajian ini menunjukkan kesepaduan komuniti dalam konteks masyarakat yang disampel adalah tinggi secara keseluruhannya. Kertas ini memperihalkan hasil pengukuran keenam-enam aspek modal sosial komuniti tersebut dan membincangkan implikasinya kepada kesepaduan masyarakat khususnya dalam konteks sosial di Malaysia.