"Hahaha.. Cool Gila Kau Punya Acting Ariana...":percampuran kod dalam novel 'The Wedding Breaker'

Percampuran kod merupakan satu fenomena biasa dalam kalangan penutur yang mengamalkan lebih daripada dua bahasa.Terma ini digunakan secara meluas di dalam bidang linguistik terutamanya bidang Pemerolehan Bahasa Kedua dan Kedwibahasaan. Terdapat dua jenis percampuran kod iaitu percampuran kod dalaman...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mahmor, Noor Aida, Mansor, Nasariah, Ahmad, Faizah
Format: Article
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/21668/
http://jesoc.com/issue/volume-4-june-2016-issue-2/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Percampuran kod merupakan satu fenomena biasa dalam kalangan penutur yang mengamalkan lebih daripada dua bahasa.Terma ini digunakan secara meluas di dalam bidang linguistik terutamanya bidang Pemerolehan Bahasa Kedua dan Kedwibahasaan. Terdapat dua jenis percampuran kod iaitu percampuran kod dalaman atau ‘inner code-mixing’ dan percampuran kod luaran ‘outer code-mixing’. Sebuah negara yang penduduknya berbilang kaum seperti Malaysia, fenomena percampuran kod ini tidak dapat dielakkan.Malah menjadi satu kelaziman dalam pertuturan dan penulisan.Oleh yang demikian, adalah amat perlu untuk mengkaji fenomena ini. Sorotan karya menyarankan bahawa fenomena percampuran kod ini menggambarkan tahap kreativiti seseorang dalam penggunaan bahasa. Selain daripada itu, fenomena ini juga menunjukkan tahap pengetahuan dan penguasaan bahasa seseorang. Justeru, makalah ini akan membincangkan amalan percampuran bahasa dalam novel ‘The Wedding Breaker’ karya Evelyn Rose dan bagaimana percampuran bahasa mempengaruhi makna dan komunikasi sebenar.Makalah ini juga meneroka makna sosio-budaya yang terkandung.