Ikatan dan kawalan ibu bapa terhadap tingkah laku delinkuens

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam pembentukan tingkah laku anak-anak. Nilai dan norma dalam masyarakat biasanya dipupuk oleh ibu bapa semasa proses sosialisasi sejak anak-anak masih kecil. Ikatan kasih sayang, kemesraan dan perhatian serta kawalan daripada ibu bapa dapat mengelakkan anak-anak...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Jamaluddin, Zakiyah, Kiprawi, Ismail
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2004
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/1832/1/18.pdf
http://repo.uum.edu.my/1832/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Ibu bapa memainkan peranan penting dalam pembentukan tingkah laku anak-anak. Nilai dan norma dalam masyarakat biasanya dipupuk oleh ibu bapa semasa proses sosialisasi sejak anak-anak masih kecil. Ikatan kasih sayang, kemesraan dan perhatian serta kawalan daripada ibu bapa dapat mengelakkan anak-anak daripada melakukan perkara yang melanggar nilai dan norma masyarakat. Namun, pembabitan anak-anak dalam tingkah laku delinkuens sedikit sebanyak adalah juga berpunca daripada ikatan dan kawalan ibu bapa yang lemah. Kajian yang dijalankan ke atas 80 remaja berusia antara 13-18 tahun di Pusat Khidmat Kebajikan Juvana, Alor Setar, Kedah ini mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara ikatan dan kawalan ibu bapa terhadap tingkah laku delinkuens remaja (p < 0.05). Selain itu, terdapat juga perkaitan di antara faktor demografi ibu bapa iaitu pendapatan, pendidikan dan status perkahwinan ibu bapa dengan tingkah laku delinkuens anak-anak (p<0.05). Oleh itu, dikemukakan beberapa langkah ke arah melahirkan kualiti hubungan di antara ibu bapa dan anak-anak agar susana kekeluargaan yang dibentuk dapat menghindar anak-anak daripada terlibat dalam tingkah laku delinkuens.