Gerai atau premis: Pengaruh medium untuk mengurangkan ketidakpastian dalam keputusan pembelian

Berpandukan kepada Teori Kekayaan Media, kajian ini bertujuan untuk melihat pengaruh jalinan antara medium sebagai elemen yang dapat mengukuhkan pengetahuan dan kefahaman pengguna mengenai produk perkomputeran yang akhirnya mempengaruhi keputusan pembelian mereka di gerai jualan dan premis perniagaa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad, Noraihan, Ishak, Mohd Sobhi
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/16886/1/4.pdf
http://repo.uum.edu.my/16886/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Berpandukan kepada Teori Kekayaan Media, kajian ini bertujuan untuk melihat pengaruh jalinan antara medium sebagai elemen yang dapat mengukuhkan pengetahuan dan kefahaman pengguna mengenai produk perkomputeran yang akhirnya mempengaruhi keputusan pembelian mereka di gerai jualan dan premis perniagaan.Fokus diberikan kepada elemen risalah, media sosial, rakan-rakan, perniagaan alternatif dan perniagaan sasaran sebagai medium maklumat yang akan menjelaskan ketidakpastian pengguna tentang harga, jenama, kualiti, jaminan, fungsi dan reka bentuk produk. Kajian tinjauan keratan rentas dijalankan melalui edaran borang soal selidik terhadap 75 orang pengguna yang membeli produk perkomputeran di gerai jualan dan premis perniagaan.Analisis deskriptif menunjukkan jalinan antara risalah, perniagaan sasaran dan perniagaan alternatif adalah medium utama yang dapat mengurangkan ketidakpastian pengguna mengenai produk di gerai jualan.Manakala jalinan antara rakan-rakan, media sosial dan perniagaan sasaran menjadi keutamaan pengguna yang membeli di premis perniagaan. Kesimpulannya, wujud pengaruh antara jalinan pelbagai media dengan keputusan pembelian pengguna sama ada di gerai jualan atau premis perniagaan iaitu melalui maklumat-maklumat yang dapat mengukuhkan pengetahuan dan kefahaman pengguna mengenai produk.