Keengganan memiliki komputer dan internet di rumah: Satu persoalan jurang digital dalam kalangan masyarakat Malaysia
Jurang digital adalah isu besar yang mendepani pembangunan dan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di seluruh dunia.Persoalan mengenai jurang digital seringkali menjurus kepada isu pembangunan infrastruktur fizikal teknologi komputer dan Internet.Malangnya, persoalan mengapa masyarakat...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2007
|
Subjects: | |
Online Access: | http://repo.uum.edu.my/16739/1/12.pdf http://repo.uum.edu.my/16739/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Jurang digital adalah isu besar yang mendepani pembangunan dan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di seluruh dunia.Persoalan mengenai jurang digital seringkali menjurus kepada isu pembangunan infrastruktur fizikal teknologi komputer dan Internet.Malangnya, persoalan mengapa masyarakat enggan memiliki komputer dan Internet jarang diperkatakan.Kertas kerja ini membincangkan
hasil kajian rintis dalam kalangan masyarakat Malaysia yang mempunyai telefon talian tetap di rumah tetapi enggan memiliki komputer dan Internet.Pengumpulan data dijalankan secara temubual melalui telefon terhadap 250 responden yang dipilih secara rawak dari lima negeri berdasarkan zon (utara, tengah, selatan, timur dan
Malaysia timur).Data kajian dianalisa menggunakan statistik deskriptif.Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti masyarakat Malaysia yang mempunyai telefon talian tetap tidak memiliki komputer dan Internet.Keengganan untuk memiliki komputer adalah didorong oleh alasan ’tidak memerlukan komputer’ manakala keengganan memiliki Internet pula adalah disebabkan persepsi negatif bahawa Internet mengandungi banyak ’bahan lucah’.Kesimpulannya, kejayaan memasyarakatkan ICT dan menangani isu jurang digital sukar dilaksanakan sekiranya masyarakat sendiri enggan terlibat dengan teknologi.Oleh itu, usaha menterjemah kepentingan dan menangani persepsi negatif terhadap komputer dan Internet kepada masyarakat perlu dipergiatkan supaya ICT akhirnya dapat dibudayakan dan seterusnya meningkatkan kualiti hidup masyarakat Malaysia. |
---|