Kemapanan dan daya saing pajak gadai Islam di Malaysia: Perspektif perintis

Pembiayaan pajak gadai konvensional telah wujud sejak abad ke-19 lagi. Namun, praktis pemberian pinjaman daripada pajak gadai konvensional sering dikaitkan dengan penyelewengan dan mempunyai unsur eksploitasi terhadap peminjam. Sebagai alternatif, pajak gadai Islam yang pertama telah diwujudkan pada...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Razak, Azila, Muhammad, Fidlizan, Mohd Hussin, Mohd Yahya, Abdul Hadi, Fatimah Salwa
Format: Article
Published: Universiti Utara Malaysia 2014
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/15859/
http://ijms.uum.edu.my/index.php/component/jdownloads/download/26-ijms-vol-21-no-2-dec-2015/154-kemapanan-dan-daya-saing-pajak-gadai-islam-di-malaysia-perspektif-perintis
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembiayaan pajak gadai konvensional telah wujud sejak abad ke-19 lagi. Namun, praktis pemberian pinjaman daripada pajak gadai konvensional sering dikaitkan dengan penyelewengan dan mempunyai unsur eksploitasi terhadap peminjam. Sebagai alternatif, pajak gadai Islam yang pertama telah diwujudkan pada tahun 1992 iaitu Muassasah Gadaian Islam Terengganu dengan inisiatif oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM). Sehingga tahun 2013, terdapat 464 buah cawangan daripada 10 institusi yang menawarkan pembiayaan pajak gadai Islam berbanding pajak gadai konvensional yang berlesen iaitu 259 buah. Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis persepsi tiga perintis utama pemegang pajak gadai Islam di Malaysia iaitu MAIDAM, YaPEIM dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia berkaitan aspek kemapanan dan daya saing produk, isu pembiayaan berfokuskan penggunaan dan kesedaran masyarakat terhadap kewujudan pajak gadai Islam. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan temu bual separa berstruktur terhadap tiga institusi perintis pajak gadai Islam. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa pajak gadai Islam berupaya untuk bersaing dan berkembang dengan penawaran sistem gadaian yang berkonsepkan syariah, pengenaan upah simpan yang rendah dan matlamat pembiayaan yang tidak berorientasikan keuntungan dan lebih kepada tanggungjawab sosial. Untuk kemapanan dan daya saing skim ini, peranan kerajaan juga amat penting terutamanya dalam mewujudkan satu akta pajak gadai Islam yang khusus serta mempertingkatkan lagi pemberian lesen kepada pemegang pajak gadai yang berpotensi. Aktiviti promosi dan hebahan maklumat melalui media massa dan elektronik juga perlu dipertingkatkan bagi memberi kesedaran dan pemahaman kepada masyarakat khususnya mereka yang beragama Islam untuk memilih skim ar-Rahnu sebagai alternatif kepada pajak gadai konvensional.