Sejarah pendidikan wakaf di Malaysia: Tinjauan literatur
Pendidikan adalah kunci untuk meningkatkan kualiti kehidupan manusia, tamadun dan kemajuan.Pada zaman yang makin pesat membangun dan keadaan negara yang sedang bergerak menuju ke arah negara maju pada tahun 2020.Pendidikan di Malaysia tidak terlepas menghadapi pelbagai isu pendidikan seperti banguna...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | http://repo.uum.edu.my/14547/1/30.pdf http://repo.uum.edu.my/14547/ http://www.iaha2014.uum.edu.my/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pendidikan adalah kunci untuk meningkatkan kualiti kehidupan manusia, tamadun dan kemajuan.Pada zaman yang makin pesat membangun dan keadaan negara yang sedang bergerak menuju ke arah negara maju pada tahun 2020.Pendidikan di Malaysia tidak terlepas menghadapi pelbagai isu pendidikan seperti bangunan sekolah yang telah usang dan ketinggalan zaman serta runtuh, anak-anak yang tidak berpelajaran dan keciciran daripada sekolah dan universiti kerana kos pembelajaran yang semakin tinggi dan mahal, harga buku yang mahal, pembelanjaan untuk pendidikan seperti asrama, yuran dan sebagainya sudah meningkat.Maka melihat keadaan yang semakin meruncing dan semakin gawat ini, Islam mempunyai jalan penyelesaian terhadap
masalah pendidikan iaitu melalui jalan wakaf. Wakaf adalah instrumen pembiayaan Islam yang
dilihat mampu dan boleh menjadi penyelesaian kepada masalah-masalah pendidikan di Malaysia.
Umum mengetahui bahawa institusi pendidikan wakaf merupakan aset yang penting dalam pembangunan masyarakat Islam.Harta Wakaf bukan sahaja menyediakan peluang dan kemudahan kepada masyarakat untuk mendapatkan ilmu pengetahuan malah ia merupakan institusi yang menyediakan ruang untuk umat Islam melakukan amal kebajikan. Artikel ini cuba untuk menyoroti sejarah pendidikan wakaf di Malaysia meliputi konsep institusi pendidikan wakaf seperti definisi, sejarah, jenis dan kepentingan institusi pendidikan wakaf kepada perkembangan pendidikan di Malaysia, disamping melihat peranan wakaf dalam pembangunan pendidikan dan cadangan-cadangan yang perlu dilakukan supaya wakaf ini mampu menjadi penyelesaian kepada masalah-masalah pendidikan serta cadangan kajian untuk menganalisis persepsi dalam memberi pemahaman kepada masyarakat terhadap wakaf pendidikan tinggi di Malaysia.Kesimpulan
mendapati bahawa Malaysia mempunyai sejarah wakaf pendidikan sejak dahulu lagi.Aset wakaf dan berpotensi besar untuk dibangunkan.Aset wakaf yang pelbagai seperti bilangan tanah wakaf, wakaf bangunan dan sebagainya. Dengan potensi yang sangat besar ini, jika ia diuruskan dan ditadbir dengan baik, saksama, professional serta boleh dipercayai akan memberikan impak yang besar terhadap wakaf pendidikan tinggi negara. |
---|