Kritikan Abdullah Munsyi terhadap sosioekonomi penduduk Terengganu melalui autobiografi “Hikayat Pelayaran Abdullah dari Singapura sampai ke Kelantan”
Kajian terhadap manuskrip travelog Abdullah Munsyi yang bertajuk “Bahawa ini Kisah Pelayaran Abdullah Abdul Kadir Munsyi Dari Singapura Sampai ke Kelantan” memuatkan beberapa kritikan terutama terhadap stratifikasi masyarakat khususnya di Terengganu pada abad ke 19M. Dengan menggunakan pendekatan s...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | http://repo.uum.edu.my/14529/1/13.pdf http://repo.uum.edu.my/14529/ http://www.iaha2014.uum.edu.my/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian terhadap manuskrip travelog Abdullah Munsyi yang bertajuk “Bahawa ini Kisah Pelayaran Abdullah Abdul Kadir Munsyi Dari Singapura Sampai ke Kelantan” memuatkan beberapa kritikan terutama terhadap stratifikasi masyarakat khususnya
di Terengganu pada abad ke 19M. Dengan menggunakan pendekatan sejarah, kertas kerja ini berusaha menyelongkar apa yang tersurat dan tersirat melalui catatan autobiografi Abdullah Munsyi sepanjang berada di Terengganu.Pokok persoalan ialah berhubung stratifikasi sosial masyarakat yang diketuai oleh raja, di dokong oleh
pembesar, rakyat dan hamba. Abdullah memulakan kritikan sewaktu pendaratan pertama di Pulau Kapas.Dari situ, beliau membuat kritikan pertama terhadap Yang di-Pertuan Terengganu mengenai beberapa adat yang disifatkan sebagai menindas
rakyat. Kedudukan para pembesar yang mengambil kesempatan terhadap orang ramai serta keadaan penduduk yang digambarkan sangat daif digambarkan melalui kegiatan pekerjaan dan penempatan penduduk. Status ekonomi penduduk pula digambarkan melalui kegiatan jual beli di pasar Kg. Laut yang padanya adalah tidak munasabah seperti dijual seekor kambing dengan hanya 1 Ringgit seekor.Keberadaan penduduk dalam dimensi beragama, berpolitik dan berkerajaan, ekonomi serta keterlibatan lain turut dicatatkan Abdullah. Beberapa keistimewaan yang dimiliki penduduk dalam pendidikan Islam seperti kebolehan membaca AlQuran, tulisan jawi, kerjasama serta hubungan kaum, umumnya mengundang kritikan Abdullah sama ada berbentuk positif atau negatif. |
---|