Potensi pembangunan sosio-ekonomi dan modal insan komuniti Muslim Kemboja

Pembangunan yang dilakukan terhadap golongan minoriti umat Islam di Kemboja dikenalpasti masih di tahap yang rendah. Keadaan ini memerlukan perubahan memandangkan sebelum ini penindasan pernah dilakukan semasa zaman regim Pol Pot berkuasa pada tahun 1975 hingga 1979. Kebanyakan rakyat Kemboja terma...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Tunggak, Buerah, Hashim, Shahrin, Mokhtar, Puteri Nurdiana, Mohd Husen, Siti Nor Roshidah, Zolkiffly, Nurul Hidayah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/14524/1/8.pdf
http://repo.uum.edu.my/14524/
http://www.iaha2014.uum.edu.my/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembangunan yang dilakukan terhadap golongan minoriti umat Islam di Kemboja dikenalpasti masih di tahap yang rendah. Keadaan ini memerlukan perubahan memandangkan sebelum ini penindasan pernah dilakukan semasa zaman regim Pol Pot berkuasa pada tahun 1975 hingga 1979. Kebanyakan rakyat Kemboja termasuk yang beragama Islam telah dibunuh dengan kejam, dipinggirkan dari negara sendiri, dihalang daripada melaksanakan kewajipan agama seperti solat dan menutup aurat, serta diseksa fizikal dan mental.Terdapat jurang sosio-ekonomi yang agak jelas berlaku kepada golongan minoriti Islam di Kemboja.Dari perspektif hak asasi manusia secara universal dan sudut hak-hak asasi manusia dalam Islam golongan minoriti Islam yang pernah mengalami zaman penindasan ini perlu diberikan harapan baru.Oleh itu penulisan ini akan membincangkan cadangan program pembangunan untuk penduduk minoriti Islam di Kemboja dari aspek sosio ekonomi, budaya, kesihatan dan pembangunan modal insan.Penulisan ini juga akan mengemukakan cadangan bantuan atau kerjasama yang boleh diberikan bagi meningkatkan terutamanya pembangunan modal insan dalam kalangan umat Islam Kemboja melalui pertubuhan-pertubuhan organisasi kerajaan dan bukan kerajaan berdasarkan ikatan aqidah dan persaudaraan Islam.