Peranan wanita dalam perniagaan di Pantai Timur
Sejak dahulu Pantai Timur terkenal dengan penyertaan wanita dalam keusahawanan.Sehingga sekarangpun wanita di situ bukan sahaja penting dalam konteks domestik, tetapi dianggap sebagai tulang belakang kegiatan ekonomi, khususnya ekonomi tidak formal.Di pasar-pasar, usahawan wanita di Pantai Timur men...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | http://repo.uum.edu.my/13224/1/32.pdf http://repo.uum.edu.my/13224/ http://www.insanmaya.net/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Sejak dahulu Pantai Timur terkenal dengan penyertaan wanita dalam keusahawanan.Sehingga sekarangpun wanita di situ bukan sahaja penting dalam konteks domestik, tetapi dianggap sebagai tulang belakang kegiatan ekonomi, khususnya ekonomi tidak formal.Di pasar-pasar, usahawan wanita di Pantai Timur mendominasi usahawan lelaki.Kertas kerja ini bertujuan membincangkan hasil kajian pendahuluan ke atas penyelidikan Ph.D mengenai peranan wanita dalam keusahawanan di dua kawasan, iaitu di Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bahru dan Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu.Sebagai maklumat awal, tulisan ini
hanya mempersembahkan hasil tinjauan yang dibuat ke atas peniaga wanita yang terlibat dalam perniagaan di dua buah pasar ini.Hasil kajian ini mendapati dua buah pasar ini mempunyai peniaga seramai 3 076 orang, dan sebahagian besar mereka adalah peniaga wanita.Dari segi jumlahnya, peniaga wanita berjumlah 1 595 orang (51.9%).Di Pasar Payang, yang mempunyai peniaga seramai 789 orang, 352 daripadanya wanita.Keadaan yang sama
juga diperhatikan di Pasar Besar Siti Khadijah yang menunjukkan 1 243 orang daripada 2 287 peniaga adalah wanita.Terdapat banyak alasan mengapa ramai wanita terlibat dalam perniagaan di Pantai Timur.Bahagian akhir makalah ini berusaha untuk meneroka secara kualitatif persoalan ini.Kesimpulannya wanita di Pantai Timur bukan hanya penting dalam konteks domestik, tetapi juga dalam perniagaan di pasar-pasar. |
---|