Pengetahuan dan kemahiran pekerja sosial klinikal dalam seting kesihatan mental di Malaysia
Profesion pekerja sosial adalah bidang yang memerlukan pengetahuan dan kemahiran untuk membuat dokumentasi, penilaian terhadap masalah utama klien, memperkasakan serta menyelesaikan masalah klien berpandukan kaedah dan teori bersesuaian.Peningkatan ilmu serta kemahiran dalam membuat penilaian psikos...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | http://repo.uum.edu.my/13194/1/8.pdf http://repo.uum.edu.my/13194/ http://www.insanmaya.net/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Profesion pekerja sosial adalah bidang yang memerlukan pengetahuan dan kemahiran untuk membuat dokumentasi, penilaian terhadap masalah utama klien, memperkasakan serta menyelesaikan masalah klien berpandukan kaedah dan teori bersesuaian.Peningkatan ilmu serta kemahiran dalam membuat penilaian psikososial di kalangan pekerja sosial klinikal yang terbabit dalam seting kesihatan mental adalah penting bagi menangani
masalah sosial yang dihadapi klien.Kajian kualitatif dengan kaedah temubual bersemuka
bersama responden yang mempunyai pengalaman kerja dalam bidang kesihatan mental telah dilakukan. Responden terdiri daripada individu yang bekhidmat di Unit Kerja Sosial Perubatan dan institusi kesihatan mental.Soalan separa berstruktur dikemukakan untuk mengenal pasti pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh seorang pekerja sosial klinikal dalam seting kesihatan mental. Hasil temubual dianalisis menggunakan kaedah
analisis bertema berdasarkan objektif kajian serta dilakukan dengan cara kod berwarna mengikut tema yang telah dikenalpasti.Dapatan kajian membincangkan aspek pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh seorang pekerja sosial dalam bidang kesihatan mental terbahagi kepada empat komponen iaitu (i) pengetahuan untuk melaksanakan penilaian; (ii) pengetahuan mengenai penyakit mental dan penguasaan pelbagai teori berkaitan; (iii) pengetahuan minimum kelayakan dan (iv) kemahiran tambahan sebagai pekerja sosial kesihatan mental. |
---|