Autonomi pesakit-subjek melalui izin bermaklumat dalam penyelidikan klinikal

Profesion perubatan dipandang tinggi oleh masyarakat Asia berbanding dengan profesion yang lain.Umumnya, pesakit menganggap doktor komited menjalankan tugasnya kerana profesion mereka melibatkan soal hidup dan mati pesakit.Kedudukan doktor sebagai orang yang berkelayakan dan berpengetahuan dalam bid...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Yusof, Yuhanif, Che Ngah, Anisah, Amin, Latifah
Format: Article
Published: Dewan Bahasa dan Pustaka 2011
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/12875/
http://jurnalkanun.dbp.my/wordpress/?p=217
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Profesion perubatan dipandang tinggi oleh masyarakat Asia berbanding dengan profesion yang lain.Umumnya, pesakit menganggap doktor komited menjalankan tugasnya kerana profesion mereka melibatkan soal hidup dan mati pesakit.Kedudukan doktor sebagai orang yang berkelayakan dan berpengetahuan dalam bidang perubatan mendorong pesakit bergantung pada doktor.Sejarah membuktikan bahawa kepentingan pesakit adalah lebih terjamin apabila mematuhi arahan doktor. Doktor menggunakan pendekatan paternalisme doktor “A doctor knows best”.Oleh itu, doktor membuat semua keputusan termasuklah aspek penyampaian maklumat kepada pesakit. Walau bagaimanapun, kuasa paternalisme goyah apabila autonomi pesakit diiktiraf secara global.Doktor tidak lagi boleh membuat keputusan tanpa persetujuan pesakit.Secara tidak langsung, prinsip etika perubatan universal, yang mementingkan nilai-nilai individu seperti autonomi melalui izin bermaklumat yang dipraktikkan di Barat, diterima pakai di negara ini.Dalam penyelidikan klinikal, autonomi pesakit-subjek adalah muktamad.Hal ini demikian kerana objektif utama penyelidikan klinikal ini dilaksanakan adalah demi kepentingan pesakit pada masa hadapan. Malah, pesakit-subjek turut berdepan dengan risiko termasuklah kematian.Oleh sebab itu, sewajarnya pesakit-subjek didedahkan dengan maklumat yang lengkap.