Hubungan antara kemahiran diri keluarga, isi rumah dan langkah-langkah dalam menangani kemiskinan keluarga di Sabah
Usaha masyarakat di Negeri Sabah menangani masalah kemiskinan keluarga masih kurang berkesan disebabkan kadar kemiskinan di negeri ini kekal tinggi. Kajian terdahulu gagal mengaitkan usaha menangani kemiskinan keluarga berkaitan dengan aspek kemahiran diri isi rumah miskin di Sabah. Keperluan mengka...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | https://etd.uum.edu.my/9470/1/s902629_01.pdf https://etd.uum.edu.my/9470/2/s902629_02.pdf https://etd.uum.edu.my/9470/3/s902629_rujukan.docx https://etd.uum.edu.my/9470/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Usaha masyarakat di Negeri Sabah menangani masalah kemiskinan keluarga masih kurang berkesan disebabkan kadar kemiskinan di negeri ini kekal tinggi. Kajian terdahulu gagal mengaitkan usaha menangani kemiskinan keluarga berkaitan dengan aspek kemahiran diri isi rumah miskin di Sabah. Keperluan mengkaji aspek kemahiran diri isi rumah miskin adalah penting kerana ia sebagai pemboleh ubah baharu kepada kajian kemiskinan. Objektif kajian ini adalah untuk: pertama, meneliti langkahlangkah yang digunakan oleh ketua isi rumah miskin dalam menangani kemiskinan keluarga; kedua, meneliti hubungan antara pemboleh ubah kemahiran diriketua isi rumah miskin dan langkah-langkah yang digunakan dalam menangani kemiskinan keluarga; dan ketiga, menganalisa perbezaan pola kemahiran diri ketua isi rumah miskin berdasarkan profil demografi. Seramai 1,210 ketua isi rumah daripada lima buah bahagian pentadbiran iaitu Kota Kinabalu, Keningau, Kudat, Sandakan dan Tawau. Maklumat daripada kaji selidik pula dianalisis menggunakan teknik deskriptif, korelasi Pearson dan ANOVA sehala mengikut keperluan setiap objektif kajian iaitu meneliti langkah-langkah yang digunakan oleh ketua isi rumah miskin dalam menangani kemiskinan keluarga, meneliti hubungan antara pemboleh ubah kemahiran diriketua isi rumah miskin dan langkah-langkah yang digunakan dalam menangani kemiskinan keluarga, dan menganalisa perbezaan pola kemahiran diri ketua isi rumah miskin berdasarkan profil demografi. Dapatan kajian utama adalah status semasa responden menangani kemiskinan keluarga di Sabah adalah pada tahap tinggi bersandarkan kepada nilai min setinggi 2.43. Walau bagaimanapun, status semasa kemahiran diri isi rumah miskin di Sabah adalah sederhana dengan nilai min 2.29. Analisis perhubungan antara aspek kemahiran diri isi rumah miskin dengan menangani kemiskinan di Sabah didapati signifikan. Dengan lain perkataan, kemahiran diri yang sederhana tinggi masih mampu mempengaruhi tingginya usaha mereka menangani kemiskinan keluarga. Dalam konteks analisis perbezaan pula, kajian mendapati kemahiran diri yang berbeza adalah ditentukan oleh latar belakang diri responden itu sendiri. Oleh yang demikian, implikasi kajian terhadap penambahbaikan dasar sedia ada tentang usaha menangani kemiskinan keluarga di Sabah adalah dengan meningkatkan lagi kemahiran diri isi rumah miskin. Ini penting kerana sekalipun usaha mereka adalah tinggi bagi menangani kemiskinan, tetapi kemahiran diri masih berada pada tahap sederhana. |
---|