Kepentingan sosio politik undang-undang syariat Islam kajian perlaksanaan kanun undang-undang jenayah di Aceh
Aceh mendahului pelaksanaan undang-undang syariat Islam di Asia Tenggara. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji permasalahan dalam pelaksanaan Kanun Undang-Undang Jenayah (Kanun) di Acheh seperti pengaruh kuasa, perubahan nilai, dan kesan sosial. Persoalan kajian ini adalah untuk melihat bagaimana ke...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
2024
|
Subjects: | |
Online Access: | https://etd.uum.edu.my/11470/1/depositpermission.pdf https://etd.uum.edu.my/11470/2/s902062_01.pdf https://etd.uum.edu.my/11470/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Aceh mendahului pelaksanaan undang-undang syariat Islam di Asia Tenggara. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji permasalahan dalam pelaksanaan Kanun Undang-Undang Jenayah (Kanun) di Acheh seperti pengaruh kuasa, perubahan nilai, dan kesan sosial. Persoalan kajian ini adalah untuk melihat bagaimana keadaan sosio-politik mempengaruhi proses penggubalan dan penguatkuasaan Kanun serta kesannya terhadap budaya undang-undang rakyat Aceh. Tujuan kajian ini adalah untuk menjelaskan peruntukan dalam Kanun, mengenal pasti dinamik sosio-politik yang mempengaruhi proses penggubalan dan penguatkuasaannya, mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada pindaan serta menganalisis kesan Kanun terhadap budaya rakyat Aceh. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah kajian arkib dan temu bual. Analisis kandungan telah dilakukan terhadap Kanun dan temu bual dilaksanakan kepada lima orang informan dalam kalangan pegawai syariah daerah, ahli majlis ulama daerah, ahli akademik, dan pemimpin masyarakat awam. Data temubual ditranskrip dan dianalisis kandungannya secara manual. Dapatan kajian mendapati bahawa Kanun ini memperuntukkan kesalahan jenayah, hukuman (uqubat), pelanggaran moral, kedudukan wanita dan kanak- kanak, pampasan, pemulihan dan pengecualian am. Kanun ini mengalami pindaan disebabkan perbezaan politik antara pemerintah, masyarakat dan pengamal undang-undang. Beberapa faktor lain yang mempengaruhi pindaan undang-undang dikenal pasti seperti isu pelaksanaan hukuman sebat, perlindungan wanita dan kanak-kanak. Kurang literasi Kanun ini dalam kalangan masyarakat turut mengakibatkan kurangnya sokongan terhadap perlaksanaannya. Akibatnya, pelaksanaan Kanun ini tidak memberi kesan begitu mendalam dalam kehidupan masyarakat Aceh. Kajian ini juga mendapati hak kanak-kanak yang terlibat dalam kes jenayah kurang diperhalusi. Kanun ini perlu ditambahbaik oleh badan perundangan untuk menjamin keadilan jenayah terhadap masyarakat Aceh. |
---|