Kesedaran pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tentang pengangguran di Malaysia akibat daripada revolusi industri 4.0

Revolusi Industri 4.0 dilihat sebagai satu perubahan yang penting untuk mentransformasikan sesebuah negara ke arah yang maju. Walaupun Revolusi Industri 4.0 ini membawa banyak manfaat kepada masyarakat, akan tetapi ia juga mendatangkan banyak isu dan cabaran kepada masyarakat. Salah satu isu yang sa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ibrahim, Muhammad Rafii, Lee, Wei Cong, Dickson, Lui, Mohd. Ishar, Mohamad Izzuan
Format: Article
Published: Secholian Publication 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/87251/
http://dx.doi.org/10.47405/mjssh.v5i8.450
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Revolusi Industri 4.0 dilihat sebagai satu perubahan yang penting untuk mentransformasikan sesebuah negara ke arah yang maju. Walaupun Revolusi Industri 4.0 ini membawa banyak manfaat kepada masyarakat, akan tetapi ia juga mendatangkan banyak isu dan cabaran kepada masyarakat. Salah satu isu yang sangat perlu diberi perhatian ialah isu pengangguran. Kajian ini mengkaji tahap kesedaran pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terhadap isu pengangguran yang berlaku kesan daripada Revolusi Industri 4.0. Selain itu, kajian ini turut memperlihatkan tahap kesediaan pelajar UTM terhadap cabaran pengangguran yang berlaku akibat daripada Revolusi Industri 4.0 di Malaysia. Kajian yang dijalankan melalui edaran borang soal selidik secara atas talian kepada pelajar UTM sebagai sasaran kajian. Keputusan daripada kajian tersebut telah menunjukkan tahap kesedaran pelajar UTM terhadap isu pengangguran yang berlaku akibat daripada Revolusi Industri 4.0 masih rendah dan perlu ditingkatkan. Walau bagaimanapun, keputusan telah menunjukkan pelajar UTM mempunyai tahap kesediaan yang tinggi terhadap isu pengangguran. Ini bermaksud pelajar UTM adalah bersedia untuk menghadapi isu pengangguran yang berlaku akibat daripada Revousi Industri 4.0.