Keperluan pensyarah baru di lima buah institusi pengajian tinggi swasta di selatan Negeri Johor
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keperluan pensyarah baru di IPT dalam empat bidang tugas iaitu pengajaran, penyelidikan dan penulisan ilmiah, perkhidmatan, dan lain-lain di lima buah institusi pengajian tinggi swasta di Johor Bahru. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat kaedah yang diambi...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2008
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/7898/1/EDUPRES_%28F2%29_2.pdf http://eprints.utm.my/id/eprint/7898/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keperluan pensyarah baru di IPT dalam empat bidang tugas iaitu pengajaran, penyelidikan dan penulisan ilmiah, perkhidmatan, dan lain-lain di lima buah institusi pengajian tinggi swasta di Johor Bahru. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat kaedah yang diambil oleh pensyarah baru dalam menangani keperluan tersebut. Soalselidik dengan indeks kebolehpercayaan Alpha Cronbach 0.964 digunakan sebagai instrumen kajian. Seramai 48 responden telah terlibat dalam kajian ini. Data dianalisa menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa pensyarah baru perlu dilengkapi dengan ilmu yang berkaitan dengan pengajaran, penyelidikan dan penulisan ilmiah, perkhidmatan, dan lain-lain untuk membolehkan mereka menjalankan tugas dengan berkesan. Dapatan kajian juga menunjukan bahawa kaedah perbincangan dengan rakan setugas adalah kaedah utama yang diambil oleh pensyarah baru dalam menangani kekurangan dalam empat bidang keperluan tersebut. Empat cadangan dan tiga kajian lanjutan dikemukakan bagi tujuan pengkajian pada masa akan datang. |
---|