Sains Teknologi Islam dalam Pembelajaran

Sains dan teknologi adalah suatu konteks yang berkait rapat dalam pembelajaran dan pengajaran asas kehidupan masyarakat masa kini. Walaupun pelbagai cabang sains dan teknologi yang digunakan dalam kehidupan seharian, ianya berlandaskan ayat al-Quran dan sunnah. Terdapat beberapa prinsip sains dalam...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Miskon, Shahrul Affendi, Hairudin, Norhazah, Safar, Jimaain @Ajmain
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/78463/1/9%20ShahrulAffendiMiskon2018_SainsTeknologiIslamdalamPembelajaran.111-126.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/78463/
https://www.researchgate.net/project/Seminar-Tamadun-Islam-2018
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sains dan teknologi adalah suatu konteks yang berkait rapat dalam pembelajaran dan pengajaran asas kehidupan masyarakat masa kini. Walaupun pelbagai cabang sains dan teknologi yang digunakan dalam kehidupan seharian, ianya berlandaskan ayat al-Quran dan sunnah. Terdapat beberapa prinsip sains dalam al-Quran. Antaranya ialah: istikhlaf, amanah dan tanggungjawab yang ditetapkan. Institusi pendidikan Islam masa kini banyak menerapkan konsep sains dan teknologi yang berasaskan al-Quran ke dalam sistem pembelajaran. Al-Quran dan sunnah merupakan pencetus terawal umat Islam agar dapat memperkembangkan ilmu budaya Islam dalam pelbagai aspek kehidupan (Fakhri, 2010). Ianya berperanan dalam memotivasikan umat Islam agar berusaha menerokai pelbagai cabang keilmuan yang merangkumi ilmu berteraskan akal, sains tabi’i dan sains berbentuk teknikal pada peringkat awal perkembangannya. Perkembangan pesat ketamadunan Islam terbukti kerana dapat menyaingi tamadun lain yang terdahulu. Keunikan sains Islam terletak pada sumber primer ilmunya dan penggunaan pelbagai kaedah saintifik yang mencorakkan bentuk dan ciri utama sifatnya. Sains Islam adalah bersifat mencari matlamat yang subjektif dalam rangka kerja yang objektif. Matlamat sains Islam adalah mencari keredaan Allah SWT dan mengutamakan nilai islamik serta adil. Keunggulan sains Islam terhasil daripada kekuatan dalaman saintis Muslim yang menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai sumber ilmu utama dan kegiatan intelektual mereka yang dinamik dan kreatif serta berintegriti tinggi.