Model kepimpinan syura menurut al Quran dan al Sunnah yang mendominasi kepimpinan organisasi pendidikan
Kajian ini dijalankan untuk membina model kepimpinan syura berasaskan ayat al-Quran dan Sunah serta meninjau dorongan komitmen kerja menurut dimensi identifikasi, penglibatan dan kesetiaan dalam mewujudkan kepimpinan organisasi pendidikan yang mapan. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kuantita...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Published: |
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/67016/ http://www.utm.my/icier2016/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini dijalankan untuk membina model kepimpinan syura berasaskan ayat al-Quran dan Sunah serta meninjau dorongan komitmen kerja menurut dimensi identifikasi, penglibatan dan kesetiaan dalam mewujudkan kepimpinan organisasi pendidikan yang mapan. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif yang melibatkan 200 responden dalam kalangan guru dari 23 buah sekolah agama bergred A di daerah Johor Bahru. Dapatan analisis statistik yang dibuat mengunakan Statistical Package for The Social Science (SPSS) 22.0 menunjukkan elemen keterbukaan, kesepakatan, kepercayaan, amanah, dan nasihat terbina dari ayat al-Quran dan sunah yang mendominasi kepimpinan organisasi pendidikan. Manakala komitmen kerja terdorong melalui dimensi identifikasi, penglibatan dan kesetiaan. Hasil kajian menunjukkan pada nilai Alpha Cronbach yang tinggi 0.932 bagi elemen komitmen kerja tanggungjawab, kerjasama, disiplin, kompetensi, dan hubungan organisasi sebagai impak utama model 419 kepimpinan syura. Secara keseluruhan, dapatan analisis menunjukkan amalan syura amat penting dilaksanakan sebagai dorongan peningkatan komitmen kerja guru terutama dalam institusi pendidikan. Model kepimpinan syura diharap dapat diaplikasikan sepenuhnya dalam arena pendidikan bagi mengungguli kepimpinan Islam menurut teladan sunnah Rasulullah SAW seiring kemajuan dan peradaban dunia yang diredai Allah SWT. |
---|