Penilaian penyeliaan penyelidikan pelajar pasca ijazah

Kajian ini bertujuan menilai penyeliaan penyelidikan pelajar pasca ijazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Ia melibatkan 12 aspek iaitu permulaan pengajian, budaya penyelidikan, sumber dan kemudahan, pemilihan topik dan program pengajian, perhubungan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Ghani, Hanani Izzah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2007
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/6559/1/HananiIzzahMFP2007.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/6559/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan menilai penyeliaan penyelidikan pelajar pasca ijazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Ia melibatkan 12 aspek iaitu permulaan pengajian, budaya penyelidikan, sumber dan kemudahan, pemilihan topik dan program pengajian, perhubungan dan penglibatan, tesis, bimbingan, komunikasi interpersonal, maklum balas, kepakaran, perkembangan profesional, dan pelbagai. Sampel kajian melibatkan 103 orang pelajar pasca ijazah yang sedang menjalankan penyelidikan. Kajian menggunakan soal selidik Evaluation of Postgraduates Supervision (SEPS) yang diadaptasi daripada Queensland University of Technology (QUT). Kajian menggunakan sebanyak 9 persoalan kajian. Data dianalisis menggunakan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) dan dapatan dilaporkan dalam bentuk statistik deskriptif dan inferensi. Hasil kajian menunjukkan pelajar berpuas hati dengan penyeliaan yang diterima kecuali bagi aspek sumber dan kemudahan. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina dengan permulaan pengajian, perhubungan dan penglibatan dan kepakaran penyelia. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan tahap pengajian dengan pemilihan topik dan program pengajian. Dicadangkan agar penyelia dibekalkan dengan latihan dan bimbingan yang secukupnya sementara itu pelajar didedahkan dengan bidang yang diminati, penyelia yang berpotensi dan sumber-sumber dan kemudahan yang boleh digunakan untuk memulakan pengajian.