Pembangunan strategi pembelajaran geometri tiga dimensi: pelan dan dongakan melalui SketchUp Make

Terdapat cukup bukti yang menunjukkan bahawa kemahiran visual spatial dan tahap pemikiran geometri pelajar tidak diberi penekanan yang mencukupi dalam pengajaran dan pembelajaran geometri. Permasalahan ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran geometri di kalangan pelajar. Justeru itu, satu strat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abd. Wahab, Rohani, Atan, Noor Azean, Abu, Mohd. Salleh, Mokhtar, Mahani, Abdullah, Abdul Halim
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/63378/1/MohdSallehAbu2015_PembangunanStrategiPembelajaranGeometriTigaDimensi.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/63378/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Terdapat cukup bukti yang menunjukkan bahawa kemahiran visual spatial dan tahap pemikiran geometri pelajar tidak diberi penekanan yang mencukupi dalam pengajaran dan pembelajaran geometri. Permasalahan ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran geometri di kalangan pelajar. Justeru itu, satu strategi pembelajaran yang dinamakan Strategi Pembelajaran Pelan 3 Dimensi melalui SketchUp Make (SPPD-SUM) telah direka dan dibangunkan dengan harapan dapat membantu pelajar untuk meningkatkan kemahiran visual spatial dan pemikiran geometri dalam pembelajaran 3 dimensi geometri bagi tajuk Pelan dan Dongakan. Domain kemahiran visual spatial telah diterapkan ke dalam tahap pemikiran geometri dengan teliti melalui aktiviti pembelajaran yang dibina dan disusun secara spesifik. Susunan ini adalah penting untuk memastikan pelajar dapat mencapai perubahan kognitif yang lebih baik dalam kemahiran spatial visual dengan berkomunikasi dan berinteraksi secara fizikal dan sosial mengikut model hierarki pemikiran geometri van Hiele. Aktiviti pembelajaran telah direka dengan teliti agar selaras dengan setiap tahap pemikiran geometri dan fasa pembelajaran tertentu sebagaimana yang telah ditetapkan oleh van Hiele. SPPD-SUM dibina berdasarkan ciri istimewa perisian dinamik SketchUp Make bagi memudahkan peningkatan kemahiran visual spatial dan pemikiran geometri semasa proses pembelajaran. Keseluruhan proses pembangunan SPPD-SUM berlandaskan lima peringkat kitaran model reka bentuk pengajaran ADDIE. Kertas kerja ini hanya melaporkan dua peringkat iaitu reka bentuk dan pembangunan SPPDSUM.