Aplikasi mudah alih bagi pembelajaran Bahasa Melayu berdasarkan kepada kaedah fonetik dan oral aural

Selaras dengan perkembangan ICT dan pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah Malaysia, penghasilan bahan bantu mengajar seperti Koswer serta menerusi web telah banyak dibangunkan. Begitu juga dengan penggunaan Mobile Learning seperti peranti pintar berplatfom...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sulaiman, Mohd. Fadlee, Atan, Noor Azean
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/61248/1/NoorAzeanAtan2014_AplikasiMudahAlihbagiPembelajaranBahasaMelayu.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/61248/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Selaras dengan perkembangan ICT dan pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah Malaysia, penghasilan bahan bantu mengajar seperti Koswer serta menerusi web telah banyak dibangunkan. Begitu juga dengan penggunaan Mobile Learning seperti peranti pintar berplatfom Android dan iOS yang perlu dimanfaatkan sepenuhnya agar pendidikan di Malaysia berkembang seiring dengan pendidikan negara maju. Walaupun penggunaan Mobile Learning semakin berkembang dan diintegrasikan dalam pembelajaran namun reka bentuk penyampaiannya perlu diberi perhatian terutama kepada pelajar pendidikan khas yang sering dilihat ketinggalan dalam pembelajaran mereka. Sejajar dengan matlamat pendidikan negara terhadap pengimplementasian ICT dalam pendidikan, sebuah aplikasi mudah alih (apps) pembelajaran Bahasa Melayu dibangunkan berdasarkan kepada kaedah fonetik dan oral-aural. Justeru itu kajian ini dijalankan bagi menilai keberkesanan apps dalam menyokong perkembangan kemahiran membaca mereka berdasarkan kepada Model Reka Bentuk Hannafin and Peck. Dengan menggunakan kaedah fonetik dan oral-aural yang disuntik ke dalam apps Mari Baca ini, ia juga membantu dalam perubahan tingkah laku pelajar lembam sekaligus menyokong kepada peningkatan prestasi pembelajaran mereka. Seramai 5 orang responden terlibat dalam kajian ini dalam kalangan pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) di salah sebuah sekolah luar bandar. Dengan nilai kebolehpercayaan instrumen a = 0.835, hasil dapatan yang diperoleh menunjukkan pencapaian pelajar telah meningkat kepada tahap lebih baik. Secara keseluruhan, penggunaan apps Mari Baca dalam pembelajaran pelajar lembam telah menunjukkan perkembangan yang baik terhadap pencapaian dan kemahiran membaca serta perubahan yang positif terhadap tingkah laku mereka.