Perbandingan kurikulum sains KBSM dengan pendidikan saintis muslim zaman kegemilangan islam
Sains memainkan peranan yang cukup penting dalam perkembangan sejarah peradaban manusia. Kemajuan inovasi sains yang berkembang pesat telah mentransformasikan taraf kehidupan manusia yang lebih berkualiti dan selesa. Oleh yang demikian, tanpa penguasaan dalam bidang sains dan teknologi, sesebuah neg...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/61190/1/NorHasnizaIbrahim2014_PerbandinganKurikulumSainsKBSMDenganPendidikan.pdf http://eprints.utm.my/id/eprint/61190/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Sains memainkan peranan yang cukup penting dalam perkembangan sejarah peradaban manusia. Kemajuan inovasi sains yang berkembang pesat telah mentransformasikan taraf kehidupan manusia yang lebih berkualiti dan selesa. Oleh yang demikian, tanpa penguasaan dalam bidang sains dan teknologi, sesebuah negara tidak berkeupayaan untuk bersaing dengan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun, Korea dan beberapa lagi negara yang telah terbukti hebat dalam sektor pengeluaran pelbagai ciptaan hasil kemahiran inovasi sains dan teknologi (Ibrahim, 2012). Menyedari hakikat ini, Malaysia yang berwawasan untuk membarisi negara-negara maju menjelang tahun 2020 telah membangunkan sistem pendidikan kebangsaan berlandaskan lima teras utama iaitu akses kepada pendidikan, ekuiti dalam pendidikan, kualiti dalam pendidikan, kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI), berdaya kreatif dan inovasi serta berupaya membudayakan sains dan teknologi. |
---|