Mengkaji kemahiran berfikir kritis dan pencapaian pelajar menerusi persekitaran pembelajaran kolaboratif berbantukan komputer bagi subjek bahasa pengaturcaraan

Pelajar yang mengikuti subjek bahasa pengaturcaraan didapati tidak memahami bagaimana untuk mengaplikasikan pembelajaran yang diperolehi kepada permasalahan dunia sebenar. Masalah ini adalah disebabkan oleh tahap kemahiran berfikir pelajar yang dilaporkan masih rendah terutamanya kemahiran berfikir...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Baharudin, Siti Mastura, Harun, Jamalludin
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/61169/1/JamalludinHarun2014_MengkajiKemahiranBerfikirKritisdanPencapaianPelajar.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/61169/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pelajar yang mengikuti subjek bahasa pengaturcaraan didapati tidak memahami bagaimana untuk mengaplikasikan pembelajaran yang diperolehi kepada permasalahan dunia sebenar. Masalah ini adalah disebabkan oleh tahap kemahiran berfikir pelajar yang dilaporkan masih rendah terutamanya kemahiran berfikir kritis dikalangan pelajar. Malah, kemahiran berfikir kritis pelajar didapati akan lebih tinggi apabila pelajar bersikap aktif semasa pembelajaran dan berinteraksi sesama ahli kumpulan. Oleh itu kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji tahap pencapaian dan tahap kemahiran berfikir kritis pelajar bagi subjek bahasa pengaturcaraan melalui persekitaran pembelajaran kolaboratif berbantukan komputer yang dibina berdasarkan ciri-ciri pembelajaran kolaboratif dan interaksi berkesan. Malah, strategi pembelajaran berasaskan masalah digunakan sebagai prinsip pembangunan aktiviti pembelajaran memandangkan ciri utama strategi pembelajaran berasaskan masalah adalah aktiviti pembelajaran yang menggunakan dan dimulakan dengan permasalahan dunia sebenar. Kajian ini dibangunkan berdasarkan lima tahap di dalam model ADDIE dan disusun mengikut tiga peringkat kajian dimana pengkaji mendapatkan ciri-ciri persekitaran pembelajaran yang digemari oleh pelajar berdasarkan ciri-ciri pembelajaran kolaboratif dan interaksi berkesan. Seterusnya, persekitaran pembelajaran dibangunkan berdasarkan ciri-ciri kolaboratif berbantukan komputer dan pembelajaran berasaskan masalah. Akhirnya, persekitaran pembelajaran digunakan oleh pelajar bagi menguji kesannya terhadap pencapaian pelajar dan kemahiran berfikir kritis mereka. Hasil dapatan daripada kajian ini akan menentukan kesan daripada persekitaran pembelajaran yang dibina terhadap pencapaian pembelajaran dan kemahiran berfikir kritis mereka.